Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

2016-05-26 16:17:30

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

Pengangkutan di Taiwan adalah selamat, cekap dan sistematik. Jika menaiki mana-mana bas atau kereta api, jangan hilangkan tiket anda. Ini kerana anda perlu tunjukkan tiket itu apabila sampai ke destinasi yang ditujui. Anda juga boleh menaiki penerbangan domestik jika mahu pergi ke kawasan timur atau pulau-pulau di luar pesisir.

HSR

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR, www5.thsrc.com.tw/en ) memecut pantas antara Taipei Main Station dengan Zuoying, 345 kilometer ke arah selatan di Kaohsiung. Semua kereta api berhenti di Banqiao dan Taichung. Banyak juga kereta api yang berhenti di Taoyuan, Hsinchu, Tainan dan Chiayi.

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

Sistem Transit Aliran Ringan

Ketika meluangkan masa di Taipei atau Kaohsiung, anda tentu berpeluang menaiki tren transit aliran ringan (english.metro.taipei and www.krtco.com.tw/en). Sistem di Taipei amat meluas dengan 89 buah stesen. Kebanyakan rangkaian tren berada di bawah tanah. Semua peta, papan tanda dan mesin layan diri untuk tiket, ditulis dalam bahasa Mandarin dan Inggeris. Tiket berupa token plastik boleh guna semula. Jika ingin tinggal lebih lama di Taipei, anda disarankan membeli kad pra-bayar EasyCard. Anda boleh gunakan kad itu untuk membayar tambang bas dan teksi serta untuk perjalanan dalam tren transit aliran ringan.

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

Easycard (MRT Card)

Easycard adalah tiket dengan sistem IC untuk metro, bus dan tempat letak kereta. Ketika penumpang melewati pintu masuk, Easycard akan terbaca melalui sensor dan biaya perjalanan akan dipotong apabila keluar dari kawasan MRT.

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

Perkhidmatan Bas Pelancongan Taiwan

Perkhidmatan bas pelancongan yang menyenangkan ini mengikut laluan ke stesen kereta api konvensional dan stesen tren transit aliran ringan serta kawasan-kawasan yang menarik minat pelancong. Buat masa ini, ada 21 laluan tetap di sekitar Taiwan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.taiwantrip.com.tw

Pengangkutan di Provinsi Taiwan

Penukaran dari Lapangan Terbang Taoyuan ke Bandar Taipei

Bas

Terminal 1: Perkhidmatan bas boleh didapati di aras B1 Dewan Ketibaan

Terminal 2: Perkhidmatan bas boleh didapati di arked timur laut aras 1 Dewan Ketibaan.

Pembelian tiket bas di kaunter bas.

Bas aliran Kuokuang bernombor 1819 untuk ke stesen utama Taipei dengan tambang berharga NT5.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin