Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Membeli Tiket Taman Disneyland Shanghai

2016-05-20 10:09:53

Panduan Membeli Tiket Taman Disneyland Shanghai

Taman Disneyland Shanghai akan dibuka secara rasmi kepada para pengunjung pada 16 Jun ini. 

Terdapat dua jenis tiket masuk ke taman tersebut, iaitu tiket hari biasa dan tiket waktu puncak yang masing-masing berharga RMB 370 dan RMB 499. 

Waktu puncak terdiri daripada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti musim panas pada bulan Julai dan Ogos. 

Selain itu, tempoh setengah bulan selepas pembukaan Taman Disneyland itu juga termasuk dalam waktu puncak, iaitu dari 16 hingga 30 Jun.

Pengunjung boleh menikmati potongan harga 5 peratus ketika membeli tiket masuk untuk tempoh dua hari. 

Di samping itu, potongan harga sebanyak 25 peratus turut ditawarkan kepada warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya. 

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membeli tiket:

1.    Pengunjung mesti mengunjungi Taman Disneyland mengikut tarikh yang tertera pada tiket masuk. 

2.    Tiket yang sudah ditempah tidak boleh dibatalkan, namun dibenarkan untuk menukar tarikh kunjungan satu kali. 

3. Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian tidak     sampai 1 meter boleh masuk secara percuma. Remaja     yang berusia bawah 16 tahun perlu membeli tiket dengan     bantuan warga yang berusia 16 tahun ke atas, dan perlu     ditemani oleh orang dewasa untuk masuk ke Taman     Disneyland.

Pengunjung boleh memperoleh maklumat yang lebih terperinci dengan melayari laman web rasmi Taman Disneyland Shanghai, iaitu www.shanghaidisneyresort.com atau membuat tempahan tiket dengan menghubungi talian 400-180-0000 atau 86-21-31580000.      


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin