Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Melancong ke Huairou

2016-04-19 17:01:34
621309_2016041917014274555700.jpg

Huairou terletak lebih kurang 50 kilometer dari pusat bandar Beijing dan juga digelar “taman di belakang bandar Beijing”. 

Pemandangan alam semula jadi yang indah permai dan tinggalan sejarah yang lama menjadikan tempat tersebut destinasi pelancongan yang menarik bagi pelancong dari dalam atau luar negara. Terdapat beberapa tips sekiranya anda ingin melawat ke sana.

1. Cuaca Huairou kaya dengan sumber lembah, sungai dan kawasan pergunungan. Suhu pada waktu pagi dan malam agak rendah, tetapi panas pada waktu tengah hari. Pelancong dicadangkan membawa pakaian yang mencukupi untuk menangani perbezaan suhu tersebut. 

Jika ingin bersiar-siar di kawasan sungai, anda dicadangkan memakai krim pelindung matahari. 

2. Makanan Ikan trout merupakan makanan istimewa Huairou. Pelancong boleh cuba menikmati keenakan rasa ikan tersebut. Cara masak ikan ini pelbagai, namun kebanyakan pelancong memilih ikan bakar, kerana lebih sedap.

3. Pengingapan Terdapat hotel tiga, empat malah lima bintang di Huairou. Namun, sekiranya anda ingin merasai suasana kampung, inap desa (homestay) di rumah penduduk tempatan merupakan pilihan yang amat baik.

4. Pengangkutan Pelancong boleh menaiki bas awam yang bernombor 916 untuk ke pusat bandar. 

Namun, masih banyak destinasi pelancongan terletak di kawasan yang agak terpencil yang belum terdapat pengangkutan awam. 

Pelancong dicadangkan menaiki teksi yang sah atau yang dihubungi terus dari hotel atau inap desa (homestay). 

5. Destinasi Pelancongan Terpencil Di sesetengah destinasi pelancongan yang agak terpencil, telefon bimbit tidak berfungsi. Sekiranya anda mengadakan lawatan secara berkumpulan, elakkan daripada tertinggal. 



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin