Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Melancong: Informasi Berguna semasa Bercuti ke Makau

2016-04-08 11:29:54

Tip Melancong: Informasi Berguna semasa Bercuti ke Makau

Mata Wang

Pataca (MOP$) adalah mata wang rasmi Makau, yang terdiri daripada wang kertas dan syiling seperti berikut:

Syiling: 10, 20 dan 50 avos; 1,2 dan 5 Pataca.

Wang kertas: 10, 20, 50, 100, 500 dan 1000 Pataca.

Penukaran mata wang boleh dibuat di hotel, bank dan pengurup mata wang yang sah di serata kawasan bandar. Bank biasanya dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kebanyakan transaksi kad kredit diterima di hotel, kedai dan restoran. Jika pelawat perlu menukar duit selepas waktu perniagaan, terdapat kaunter pertukaran asing 24 jam yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Makau (Pulau Taipa) dan di Hotel Lisboa Makau.

Keselamatan

Makau adalah tempat yang sangat selamat. Terdapat balai polis dan kaunter-kaunter untuk membuat laporan di serata daerah. Selain nombor kecemasan 999, terdapat juga dua talian 24 jam, iaitu 110 dan 112, khusus untuk pelancong dari Tanah Besar China dan luar negara membuat panggilan kecemasan.

Pasport dan Visa

Semua pelawat perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah. Visa diperlukan bagi semua pelawat kecuali warganegara Malaysia, Singapura, Thailand yang tinggal di Makau tidak lebih 30 hari.

Perjalanan ke Makau melalui Laluan Laut dari Hong Kong

Terdapat pelbagai cara untuk melancong ke Makau melalui jalan laut tetapi kepada sesiapa yang menginap di kawasan Kowloon dan Tsim Sha Tsui di Hong Kong, anda dinasihati untuk menaiki feri di China Ferry Terminal.

Hong Kong mempunyai tiga terminal feri untuk memudahkan pelawat berkunjung ke Makau, iaitu Shun Tak Centre yang bertempat di pulau Hong Kong, China Ferry Terminal di Tsim Sha Tsui, Kowloon dan Terminal Tuen Mun Ferry di Tuen Mun, New Territories.

Pelancong boleh memilih pelbagai perkhidmatan jetfoil, katamaran dan feri yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat seperti TurboJET, Cotai Strip CotaiJet dan Hong Kong North West Express Limited.

Kemudahan Pengangkutan di Makau

Di Makau, perkhidmatan bas sangat berkualiti dan efisien, bukan sahaja di kawasan bandar, malah di pulau-pulau. Pelawat boleh memperoleh maklumat tentang destinasi, jadual perjalanan dan lokasi perhentian di kios-kios informasi yang terletak di setiap perhentian bas. Semua bas dilengkapi dengan sistem penyaman udara.

Selain itu, terdapat juga kemudahan teksi di Makau dan tambang meter untuk 1,600 meter yang pertama bermula dari MOP.00. Untuk mengelakkan sebarang masalah komunikasi antara pemandu teksi dengan penumpang, pejabat pelancongan Makau telah melengkapkan semua teksi dengan buku panduan destinasi dalam bahasa Mandarin, Portugis dan Inggeris, terutamanya destinasi-destinasi yang sering dikunjungi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin