Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

2016-03-31 16:13:54

Panduan ini menyenaraikan tempat terbaik untuk menginap di Taipei. Bandar ini mempunyai sejumlah besar destinasi percutian yang sungguh istimewa.

Cadangan Tempat Penginapan

Pelancong dan pengembara mempunyai banyak pilihan tempat penginapan di kawasan pusat Taipei. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan, tiada kawasan di pusat bandar dapat mengatasi Stesen Taipei Utama, yang terletak di antara daerah Datong dan Zhongzheng. Stesen ini ialah pintu masuk ke seluruh bandar, menjadi hab terbesar untuk Laluan MRT Taipei.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Terdapat sebuah hotel tidak jauh dari stesen tersebut, iaitu Palais de Chine Hotel. Penginapan yang bertaraf lima bintang ini mempunyai segala yang diperlukan oleh pengembara atau eksekutif di sebuah hotel.

Stesen kereta api utama terletak berdekatan banyak mercu tanda. Hanya dua minit berjalan kaki dari stesen tersebut, anda akan menemukan Gedung Beli-belah Shin Kong Mitsukoshi yang terkenal. Di situ, pelancong boleh merasai pengalaman membeli-belah puluhan jenama fesyen terkenal dunia.

Teruskan berjalan sejauh 200 meter di Guanqian Street, anda akan menemukan Muzium Negara Taiwan, yang mempamerkan sejarah Taipei dan Taiwan yang mengagumkan. Caesar Park Taipei ialah satu lagi pilihan hebat untuk mereka yang ingin tinggal berhampiran dengan Stesen Utama Taipei.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Pusat komersial Daan amat sesuai untuk pengembara yang suka membeli-belah. Hotel yang paling hebat di daerah tersebut ialah Shangri-La's Far Eastern Plaza Hotel Taipei, sebuah penginapan eksklusif yang sesuai untuk para eksekutif dan pelancong. Taipei semakin berkembang pesat sebagai pusat perindustrian Asia Timur dan hotel ini berdekatan dengan pelbagai mercu tanda penting untuk para eksekutif. Taipei 101 terletak kurang lima minit dari hotel tersebut dengan menaiki kereta, begitu juga dengan Pusat Konvensyen Taipei dan Pusat Dagangan Dunia Taipei.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Sebuah lagi hotel yang popular di kawasan mercu tanda ini dan lokasi yang sesuai untuk tujuan perniagaan ialah Grand Hyatt Taipei yang bertaraf empat bintang. Hotel ini adalah antara hotel termahal di bandar ini, namun keanggunan dan kemewahan "Hyatt" menjadikan kos yang dikeluarkan berbaloi. Grand Hyatt adalah hotel yang paling dekat dengan Taipei 101, selain sebuah hotel yang berada di dalam bangunan yang menjadi mercu tanda Taipei.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Daerah Zhongzheng di pusat bandar Taipei menempatkan banyak hotel, daripada destinasi penginapan bajet kepada rangkaian hotel-hotel mewah lima bintang. Walau bagaimanapun, salah sebuah tempat penginapan yang paling popular ialah Taipei Garden Hotel. Chiang Kai-shek Memorial Hall terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari situ, manakala Kuil Longshan juga berada tidak jauh dari hotel tersebut.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Bagi kemudahan dan keselesaan, Sheraton Taipei Hotel di Zhongzheng ialah satu lagi pilihan penginapan popular untuk pelancong. Pelancong berada hanya beberapa langkah dari Kuil Shandao dan MRT. Gedung Beli-belah Mitsukoshi terletak selepas satu perhentian kereta api di timur dan Taman Budaya Huashan pula berada sejauh dua minit berjalan kaki ke arah bertentangan.

Panduan Penginapan di Taipei, Taiwan

Datong popular dalam industri pelancongan Taipei dan menginap di Royal Seasons Hotel Taipei akan meletakkan diri anda seolah-olah berada betul-betul di tengah-tengah segalanya. Pasar Malam Ningxia terletak tidak jauh dari hotel. Anda juga boleh berjalan kaki di Dihua Street untuk menikmati keindahan seni bina jalan dinasti Qing yang mengagumkan. Dari hotel, stesen kereta api utama Taipei terletak hanya sejauh beberapa minit dengan berjalan kaki. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin