Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Jom Lihat Sakura

2016-03-24 14:51:47

Jom Lihat Sakura

1.    Kampus Universiti WuhanUniversiti Wuhan terletak di bandar Wuhan yang merupakan ibu kota provinsi Hubei di bahagian tengah China.
Di situ, anda boleh menyaksikan empat jenis bunga sakura. 
Tempoh mekar bagi keempat-empat bunga sakura tersebut berbeza-beza, yang bermula pada pertengahan bulan Februari hingga awal bulan April. 
Terdapat sebatang jalan di kampus Universiti Wuhan, yang dikenali sebagai Jalan Sakura telah ditumbuhi pokok sakura di kedua-dua belah jalan tersebut. 

Jom Lihat Sakura


2.Taman Yuyuantan, Beijing Taman Yuyuantan merupakan sebuah taman yang terkenal dengan bunga sakura di bandar Beijing. Dianggarkan terdapat 800 batang pokok sakura yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun telah ditanam di taman itu setelah hubungan diplomatik kedua-dua negara kembali jernih pada tahun 1972. Pada permulaan hingga pertengahan bulan April adalah antara tempoh paling sesuai untuk menyaksikan bunga sakura di Taman Yuyuantan.
3. Taman Baiwankuiyuan, Guangzhou
Terdapat lebih 6,000 batang pokok sakura daripada 10 variasi ditanam di Taman Baiwankuiyuan. Himpunan pelbagai jenis bunga sakura di situ menyerlahkan rona-rona indah seperti merah jambu, putih, malah ada bunga sakura yang boleh berubah warnanya.
4. Zoo Kunming Zoo Kunming yang berada di kawasan Gunung Yuantong merupakan destinasi pilihan kepada sesiapa yang mahu menyaksikan bunga sakura di bandar ini. 
Tempoh mekar bunga sakura adalah pada bulan Februari dan Mac setiap tahun, manakala puncaknya adalah pada Hari Wanita Antarabangsa yang jatuh pada 8 Mac. Menikmati pemandangan bunga sakura di Zoo Kunming sudah menjadi tradisi turun-temurun bagi penduduk tempatan.
5. Taman Zhongshan, Qingdao Qingdao merupakan sebuah bandar utama di provinsi Shandong. Tempoh yang paling sesuai untuk menyaksikan bunga sakura di Taman Zhongshan adalah pada 10 hingga 25 April, iaitu selama setengah bulan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin