Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Perkara Yang Anda Tidak Tahu ketika Menaiki Pesawat

2016-03-16 10:46:44

Perkara Yang Anda Tidak Tahu ketika Menaiki Pesawat

Sama ada dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau dari Beijing ke Los Angeles, penerbangan jarak pendek atau jarak jauh telah menjadi salah satu kaedah perjalanan yang digemari.

Selepas beberapa kali menaiki pesawat, anda pasti tidak berasa asing dengan arahan keselamatan di dalam pesawat. Namun, adakah anda mengetahui tujuan peraturan-peraturan tersebut?

Sekarang, marilah kita meneliti beberapa perkara yang mungkin tidak anda ketahui ketika menaiki pesawat.

Sebelum berlepas, anak-anak kapal akan mendemonstrasikan arahan keselamatan, dan kemudian akan meminta para penumpang memakai tali pinggang keledar, menegakkan kerusi, melipat meja dan membuka pelindung cahaya.

Anda tahu mengapa? Sebenarnya, satu perkataan yang sangat mudah, iaitu keselamatan. Arahan tegakkan kerusi dan lipatkan meja adalah untuk keselamatan penumpang.

Ketika berlaku kecemasan dan para penumpang perlu melarikan diri, kerusi yang tidak ditegakkan dan meja yang tidak disimpan di tempat asal akan menjadikan ruang penumpang di bahagian belakang sempit dan menyukarkan mereka untuk menyelamatkan diri. Membuka pelindung cahaya ketika berlepas dan mendarat juga berkaitan dengan keselamatan. Bekalan elektrik di dalam kabin mudah terganggu ketika pesawat berlepas dan mendarat, khususnya ketika bergerak di landasan kapal terbang.

Sekiranya bekalan elektrik terhenti seketika dan pelindung cahaya tidak dibuka, maka suasana kabin akan menjadi gelap serta mudah menimbulkan huru-hara.

Selain itu, arahan membuka pelindung cahaya adalah untuk membolehkan penumpang di dalam kabin melihat sebarang keadaan luar biasa yang berlaku di luar supaya dapat memaklumkan anak kapal dengan segera.

Sekiranya terdapat penumpang tidak dapat keluar dari pesawat ketika berlakunya pendaratan cemas, anggota penyelamat boleh melihat keadaan di dalam kabin melalui tingkap pesawat. Di samping itu, penumpang juga dinasihati supaya memakai tali pinggang keledar sepanjang penerbangan kerana ketika menghadapi tekanan udara yang kuat, badan pesawat akan bergegar. Tali pinggang keledar yang dipakai membolehkan penumpang kekal di tempat duduk, secara tidak langsung mengelakkan sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, adalah lebih baik sekiranya anda memakai tali pinggang keledar di luar selimut atau kot supaya anak kapal dapat melihat dan tidak akan mengganggu anda yang sedang tidur.

Terdapat beberapa penumpang yang suka membawa bagasi besar ke dalam kabin kerana mahu menjimatkan masa ketika mengambil bagasi semula. Tindakan tersebut tidak selaras dengan peraturan keselamatan.

Pakar-pakar keselamatan penerbangan menyatakan bahawa sekiranya pesawat menghadapi gegaran atau berlaku kecemasan, ruang penyimpanan di bahagian atas tempat duduk biasanya tidak dapat menahan barang-barang yang terlalu berat, dan boleh menyebabkan penumpang cedera malah terkorban kerana ditimpa bagasi yang terjatuh dari ruang penyimpanan tersebut.

Kesimpulannya, kita mestilah mematuhi peraturan keselamatan syarikat penerbangan dan panduan yang diberikan oleh anak-anak kapal kerana semua ini adalah demi keselamatan kita dan penumpang lain.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin