Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Menaiki Kereta Api

2016-03-08 16:35:40

Panduan Menaiki Kereta Api

Pemandangan nan indah yang dilihat saat bercuti dengan menaiki kereta api sering memukau dan pasti tidak membosankan walaupun perjalanan mengambil masa yang panjang.

Percutian dengan menaiki kereta api pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza berbanding dengan menaiki kenderaan peribadi atau pesawat.

Jika menaiki kereta sendiri, anda bebas membawa seberapa banyak barang yang diinginkan dan apabila menaiki pesawat, anda tidak perlu risau memikirkan barang-barang yang perlu dibawa.

Sekiranya menaiki kereta api, semua barang yang dibawa adalah tanggungjawab sendiri dan perlu sentiasa dijaga. Justeru, mengemas barang yang dibawa ketika bercuti dengan kereta api juga perlu dititikberatkan dan mempunyai teknik tersendiri.

Gunakan beg yang ringan dan mudah dibawa

Membawa beg yang besar dan berat semasa berada di stesen kereta api sememangnya merimaskan. Apatah lagi ketika ramai orang. Situasi itu boleh sahaja membuatkan anda kehilangan suasana percutian yang indah saat menaiki kereta api.

Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan tersebut, gunakan beg yang ringan dan mudah dibawa. Penggunaan beg beroda dan mempunyai pemegang yang kuat amat membantu kerana menyenangkan anda mengendalikannya.

Pilih beg yang tahan lasak supaya jika terjadi sebarang masalah seperti beg terjatuh, barang dan beg anda tetap selamat.

Bagi memudahkan anda mengangkat dan menjaga barang-barang yang dibawa, penggunaan beg sandang adalah pilihan tepat.

Panduan Menaiki Kereta Api

Pilih barang yang perlu dibawa

Jika sudah menentukan saiz dan jenis beg yang akan digunakan untuk percutian dengan menaiki kereta api, periksa pula barang-barang yang perlu dibawa.

Bawa baju yang berwarna gelap seperti hitam, senang kering dan sesuai untuk semua keadaan atau tempat yang dituju sepanjang anda bercuti.

Pemilihan pakaian berwarna hitam memang pilihan yang tepat kerana anda boleh mencuci dan memakainya berulang kali dan hanya perlu menggantikan aksesori.

Selain itu, kelengkapan mandi seperti sabun mandi, pencuci muka, berus gigi termasuk krim muka dan minyak rambut biarlah dalam saiz yang kecil.

Bawa beg kecil bersama-sama dengan anda

Keciciran barang atau kecurian mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa. Maka, jika meletakkan barang di rak atas tempat duduk ketika berada di dalam kereta api, sebaik-baiknya anda menguncinya terlebih dulu bagi mengelakkan sebarang kecurian.

Adalah lebih baik sekiranya barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit, kad pengenalan atau pasport, tiket kereta api dan benda-benda penting yang lain disimpan dalam beg kecil supaya anda boleh menjaganya dengan mudah.

Selain anda dapat sentiasa memegangnya, beg kecil itu juga memudahkan anda untuk mencari barang-barang penting saat diperlukan.

Panduan Menaiki Kereta Api

Jaga barang berharga

Apabila anda hendak ke bilik air atau turun sebentar untuk merenggangkan otot-otot kerana perjalanan yang jauh, jangan lupa untuk membawa sekali beg kecil yang mengandungi barang-barang berharga tersebut.

Selain itu, sentiasa berhati-hati dengan penyeluk saku dan individu yang berniat jahat.

Bersiap sedia untuk perjalanan malam yang panjang

Bercuti dengan kereta api biasanya akan mengambil masa yang lama dan kereta api biasanya akan berlepas pada waktu malam.

Oleh itu, untuk keselesaan, sediakan ruang kosong dalam beg anda untuk menyimpan bantal kecil dan selimut nipis yang dapat digunakan semasa tidur malam dalam kereta api.

Sekiranya mahu lebih selesa, jangan lupa membawa penutup mata serta pemain MP3 untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa dan nyenyak.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin