Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Tip Melancong: Bercuti Tanpa Belanja Banyak

2016-03-02 15:34:08

Bergembira bersama-sama dengan keluarga tidak memerlukan perbelanjaan yang besar kerana masih banyak perkara boleh dilakukan untuk mengabadikan percutian itu tanpa berbelanja banyak.

Mari semak tip melancong untuk idea percutian tanpa berbelanja banyak.

Tip Melancong: Bercuti Tanpa Belanja Banyak

Berkelah di tepi pantai atau air terjun

Bermalam di hotel, resort atau chalet bukanlah pilihan bijak sekiranya anda mahu mengehadkan perbelanjaan percutian.

Berkelah di tepi pantai atau berkhemah di hutan lipur yang berhampiran dengan air terjun mungkin idea paling tepat.

Anda boleh menyewa kanopi serta kerusi dan meja untuk kemudahan anda sekeluarga saat bersantai di tepi pantai dengan harga yang cukup murah.

Yang paling jimat adalah dengan membawa khemah sendiri ketika bersantai di tepi pantai atau hutan lipur.

Sekiranya inginkan keseronokan yang lebih menjimatkan, sesi barbeku adalah yang terbaik dan meninggalkan kenangan tersendiri.

Berkeluarga di Homestay

Jika ingin percutian yang menyenangkan dan jauh daripada kesibukan kota serta tidak memerlukan belanja yang besar, apa kata anda mencuba percutian inap desa atau "Homestay".

Namun, percutian inap desa ini bukanlah sekadar menyewa rumah kosong, tetapi tinggal bersama-sama dengan pemilik rumah.

Dengan hanya membayar sejumlah wang mengikut pakej, anda berpeluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Selain bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti kampung yang menarik, anda juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan anggota keluarga angkat.

Pilih tarikh bukan musim cuti

Percutian yang menjimatkan memerlukan perancangan teratur. Dengan melakukan tempahan awal dan tarikh yang pilih bukan musim orang bercuti, anda pasti mendapat destinasi percutian dengan kos yang lebih murah.

Syarikat penerbangan juga sentiasa menawarkan tiket dengan harga yang murah sekiranya menempah awal dan memperoleh harga lebih murah jika anda adalah ahli yang berdaftar.

Jadi, jika anda bijak merancang, anda dapat bercuti di mana-mana sahaja tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak.

(sumber: myMetro Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin