Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Kawasan Perniagaan yang Terkenal di Beijing

2014-11-05 08:56:12

Selain pernah menjadi ibu kota bagi enam dinasti dalam sejarah China, Beijing juga terkenal sebagai bandar perniagaan yang penting di China. Di bandar ini, terdapat banyak kawasan perniagaan tradisional dan moden yang termasyhur.


Jalan Dashilan

Kawasan perniagaan Jalan Dashilan terletak di pusat bandar lama Beijing. Kedai-kedai menjual ubat tradisional dan sutera yang bersejarah lebih 100 tahun terdapat ditemui di jalan tersebut.

Jalan Liulichang

Kawasan ini kaya dengan budaya tradisional China. Kedai-kedai di jalan tersebut menjual kraf tangan dan lukisan tradisonal China sejak lebih 150 tahun yang lalu. Anda boleh berjalan-jalan di kawasan ini untuk mencari cenderamata yang sesuai.


Kawasan Xidan

Kawasan perniagaan Xidan terletak di barat Beijing. Kedai-kedai yang moden menjadikan kawasan ini pusat fesyen di bandar tersebut. Pemuda-pemudi dari seluruh bandar untuk membeli-belah, makan dan menonton filem di kawasan ini.


Kawasan Wangfujing

Kawasan ini juga dikenali sebagai jalan emas kerana banyak jenama mewah antarabangsa menubuhkan cawangan di jalan tersebut. Selain itu, jalan ini juga merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di Beijing. Pelancong dari seluruh negara datang ke Wangfujing untuk membeli-belah dan merasai cara hidup penduduk asal di Beijing.

Jalan Xiushui

Jalan ini terkenal selepas dasar pintu terbuka dilaksanakan. Kawasan tersebut berdekatan dengan pejabat kedutaan besar asing. Oleh itu, orang asing di Beijing suka membeli-belah di Xiushui. Kain sutera dan jenama antarabangsa yang terkemuka dapat dibeli di jalan tersebut.

Pasaran Dongwuyuan (Zoo Beijing)

Pasaran ini disukai oleh golongan muda di Beijing kerana harga pakaian-pakaian dijual yang sangat murah. Pasar ini terdiri daripada banyak kedai kecil yang dibuka dari 5.00 pagi hingga 3.00 petang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin