Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Stesen Kereta Api dan Lapangan Terbang di Beijing

2014-11-05 08:04:13

Beijing ialah ibu kota China, dan juga merupakan sebuah bandar pelancongan yang senang untuk dikunjungi pada sepanjang tahun. Namun, musim gugur di bandar ini merupakan musim yang paling cantik. Suhunya sederhana, cuaca pun amat baik, khususnya pada hujung bulan Oktober hingga awal bulan November. Ketika itu, bandar ini indah dengan daun merah yang cantik. Penduduk Beijing selalu menikmati keindahan daun merah yang cantik di Taman Bukit Xiangshan.

Musim sejuk di Beijing juga amat menarik. Anda boleh datang ke bandar ini semasa sambutan Tahun Baharu China untuk merasai suasana yang meriah di Beijing. Pada masa ini, pesta taman diadakan di merata-rata tempat di bandar ini sempena sambutan Tahun Baharu China.

Stesen Kereta Api

Beijing mempunyai empat stesen kereta api, iaitu Stesen Kereta Api Beijing, Stesen Kereta Api Beijing Barat, Stesen Kereta Api Beijing Selatan dan Stesen Kereta Api Beijing Utara.

Anda boleh membeli tiket kereta api 3 hingga 12 hari sebelum tarikh berlepas di lebih 220 kedai penjualan tiket di seluruh bandar. Anda juga boleh melayari www.12306.cn untuk membeli tiket secara dalam talian, atau menelefon nombor 95105105.

Stesen Kereta Api Beijing terletak di pusat bandar. Anda boleh menggunakan kereta api bawah tanah laluan dua ke sana.

Stesen Kereta Api Beijing Utara terletak di kawasan perniagaan Xizhimen. Anda boleh ke stesen ini menggunakan kereta api bawah tanah laluan 2,4 dan 13.

Stesen Kereta Api Beijing selatan merupakan stesen yang paling canggih di Beijing, kerana stesen ini khas untuk kereta api kelajuan tinggi.

Stesen Kereta Api Beijing Barat juga terletak di pusat bandar, dekat dengan stesen kereta api bawah tanah Muzium Tentera.

Lapangan Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing merupakan lapangan terbang yang utama di Beijing. Pesawat dari dalam dan luar negara yang mendarat di lapangan terbang itu menjadikan lapangan terbang tersebut satu daripada lapangan terbang yang paling sibuk di dunia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing mempunyai tiga buah bangunan teminal, iaitu T1, T2 dan T3. Terdapat perkhidmatan Bas percuma antara ketiga-tiga teminal tersebut yang beroperasi setiap 10 minit, dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 malam, dan berlepas setiap 30 minit dari 11.00 malam hingga 6.00 bagi depan.

Bas Ekspres Lapangan Terbang berlepasa dari T1 melaluo T2 dan T3 ke pusat bandar. Terdapat sembilan laluan bas ekspres dari bandar Beijing ke lapangan terbang antarabangsa. Tambangnya RMB 16.

Selain bas ekspres, anda juga boleh menggunakan kereta api bawah tanah ekspres ke lapangan terbang tersebut. Kreta api ekspres itu akan berlepas dari stesen kereta api bawah tanah Dong Zhi Men dan melalui stesen San Yuan Qiao sebelum ke T3 dan T2. Tambang kereta api ekspres itu RMB 25.

 Tambang teksi dari pusat bandar ke lapangan terbang kira-kira RMB 100 dan mengambil masa lebih 45 minit.

Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, terdapat sebuah lagi lapangan terbang di bandar tersebut, iaitu Lapangan Terbang Nanyuan. Lapangan terbang tersebut terletak di selatan Beijing dan merupakan lapangan terbang yang pertama di China. Pada masa ini, lapangan terbang itu digunakan untuk misi ketenteraan. Namun, ia juga dibuka kepada penerbangan Syarikat China United Airlines iaitu sebuah syarikat penerbangan murah di China.

Bas ekspres ke lapangan terbang Nanyuan beroperasi dari Nanyuan ke kawasan Xi Dan di pusat bandar. Penumpang penerbangan China United Airlines boleh menggunakan bas tersebut secara percuma.

Oleh sebab lapangan terbang tersebut lebih dekat dengan pusat bandar. Tambang teksi pun murah sedikit, iaitu lebih kurang RMb 40 yuan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin