Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Pelancongan di Guangzhou (II)

2014-11-05 08:46:01

Membeli-belah

Guangzhou merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan kedai-kedai kecil, namun pusat beli-belah yang moden dan mewah juga boleh ditemui di bandar selatan China ini. Tianhe Plaza ialah pusat beli-belah yang paling terkemuka di Guangzhou. Anda boleh membeli-belah sambil bersiar-siar dan menjamu selera beli-belah di pusat yang sangat besar tersebut. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat beli-belah yang terkemuka dengan barang-barang yang mewah, iaitu Plaza Zhongxin.

Kedai-kedai yang menjual ikan kering dapat ditemui di Jalan Yide. Pasar Hongmian yang terletak di sebelah stesen kereta api menjual pakaian-pakaian yang murah. Jalan Shangxiajiu, Jalan Beijing dan Jalan Shifu merupakan jalan perniagaan yang paling disukai oleh penduduk tempatan. Jalan-jalan perniagaan tersebut merupakan bahagian yang penting dalam kebudayaan Guangzhou.

Hotel

Pelancong amat senang untuk mencari hotel yang sesuai di Guangzhou. Harga puratanya lebih kurang RMB 200 yuan. Anda boleh memilih hotel yang paling sesuai,sama ada hotel bertaraf lima bintang dan hotel untuk belia yang hanya berharga puluhan yuan.

Banyak hotel yang terkemuka dan mewah terletak di kawasan Huang Shi Dong Lu. Pada waktu malam, lampu-lampu yang dihias di bangunan hotel-hotel bertaraf empat atau lima menjadikan kawasan tersebut salah satu daripada kawasan yang paling cantik di Guangzhou.

Selain itu, anda juga boleh memilih hotel untuk beristirahat di sekeliling Gunung Bai Yun dan tebing Sungai Zhujiang. Melancong dan membeli-belah di bandar Guangzhou pada waktu siang, selepas itu beristirahat di luar bandar pada waktu malam merupakan pilihan yang paling baik bagi pelancong.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin