Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Pelancongan di Guangzhou (I)

2014-11-05 08:43:46

Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun yang baharu dibina pada tahun 2004 terletak 28km dari pusat bandar Guangzhou, atau perjalanan selama 15 minits dengan lebuh raya. Tambang teksi dari lapangan terbang tersebut ke pusat bandar lebih kurang RMB100.


Sistem kereta api bawah tanah (subway) di bandar Guangzhou amat baik. Laluan kereta api bawah tanah Nombro 1 hingga 4 beroperasi di bandar tersebut dan memudahkan para pelancong yang melawat ke bandar tersebut.

Tambangnya bermula dengan 2 yuan untuk 4 km pertama, meningkat 1 yuan setiap km bagi 4-12 km dan seterusnya meningkat 1 yuan bagi setiap km dari 12 hingga 24 km. Tambang itu meningkat 1 yuan setiap 8 km selepas 24 km.

Kereta api bawah tanah Guangzhou beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 malam.


Mesin penjualan tiket di stesen kereta api bawah tanah Guangzhou hanya menerima wang syiling. Anda boleh menukarkan wang kecil di mesin khas atau melalui kakitangan stesen. Destinasi dan nama stesen diumumkan dalam bahasa Mandarin, Cantonese dan bahasa Inggeris. Namun, nama bangunan dan tempat menarik di sekeliling stesen tersebut hanya akan diumumkan dalam bahasa mandarin.

Tambang teksi di Guangzhou bermula dengan hanya RMB 7, dan bertambah 2.6 yuan setiap km selepas 2.4 km. Anda perlu tahu alamat destinasi anda kerana Guangzhou ialah sebuah bandar besar, kadang-kadang pemandu teksi pun tidak tahu tempat anda mahu pergi. Jika tidak tahu alamat banyak masa dan wang akan diperlukan dalam perjalanan anda di bandar tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin