Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Panduan Pelancong > Kandungan

Panduan Pelancongan di Shanghai (II)

2014-11-05 08:41:45

Tempat Membeli-belah

Jalan Nanjing

Jalan tersebut merupakan kawasan perniagaan yang paling lama di Shanghai. Lebih 100 kedai beli-belah terletak di kawasan Jalan Nanjing. Sama ada pasar raya yang moden, dan juga ada beberapa kedai yang mempunyai sejarah yang lebih 100 tahun. Kawasan ini dapat memenuhi permintaan pelancongan biasa dan juga terdapat kedai yang menjual barang-barang mewah, misalnya Pusat Beli-Belah Henglong, Pusat Beli-beliah Meilong Zhen dan Pasar Raya Jiuguang.

Jalan Huaihai

Selain pakaian dan barang-barang lain, kedai-kedai di jalan ini menjual barang-barang elektronik, termasuk komputer dan telefon bimbit.

Jalan Kraf Tangan Dongtai

Jalan Dongtai merupakan sebuah jalan yang terkemuka dengan kedai-kedai yang menjual kraf tangan lama. Ia juga dikenali sebagai Jalan Liulichang (Jalan kraf tangan lama yang paling terkemuka di China yang teletak di Beijing) di Shanghai. Semua kedai di jalan ini dihias dengan keistimewaan masing-masing.


Hotel

Banyak hotel yang bertaraf lima bintang atau lebih terletak di Shanghai. Terdapat tiga kawasan hotel di Shanghai, iaitu kawasan Jingan, kawasan Hongqiao dan kawasan Pudong. Tahap pengawalan dan perkhidmatan hotel di Shanghai boleh dikatakan yang paling tinggi di China, bahkan di seluruh dunia.

Kawasan Jingan merupakan kawasan perniagaan yang penting di Shanghai. Banyak jenama hotel antarabangsa mempunyai cawangan di kawasan tersebut. Harga bilik di kawasan ini dari RMB 188 hingga 2700 yuan. Namun, hotel untuk belia yang hanya berharga puluhan yuan juga dapat ditemui di kawasan ini.

Kawasan Hongqiao merupakan kawasan pembangunan ekonomi baharu di kawasan barat Shanghai. Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao juga terletak di kawasan ini. Kebanyakan hotel di kawasan Hongqiao merupakan hotel bertaraf sederhana dan mewah. Harganya dari 208 hingga lebih 1600 yuan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin