Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

TBC Disambut oleh Banyak Negara

2017-02-09 11:31:14

TBC Disambut oleh Banyak Negara

Pada zaman dahulu, Tahun Baharu Cina hanya disambut di China Town di pelbagai negara asing. 

Seiring dengan perkembangan pengaruh China, budaya China semakin difahami dan diakui oleh ramai penduduk di seberang laut. 

TBC Disambut oleh Banyak Negara

The Empire State Building di New York, Amerika Syarikat (AS) telah memasang lampu merah bagi menyambut TBC selama 17 tahun berturut-turut. 

Pada tahun ini, aktiviti untuk meraikan TBC telah diadakan di beberapa bangunan terkemuka di London, Saint Petersburg, Sydney dan Rio. 

Di Taman Vittorio  Roma, Itali, lebih 100 tanglung berwarna merah telah digantung bagi memeriahkan suasana sambutan TBC. 

TBC Disambut oleh Banyak Negara

Edingburgh Scotland mengadakan konsert yang menarik kedatangan lebih seribu penonton sempena perayaan tersebut. 

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa, Ethiopia, hiasan TBC seperti kuplet kelihatan di mana-mana sahaja. 

Ucapan Selamat Menyambut TBC sudah menjadi satu kelaziman dalam kalangan pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa. 

Jabatan pos pelbagai negara seperti Australia, Kanada, Perancis, AS dan Singapura telah mengeluarkan setem khas Tahun Ayam pada tahun ini. 

Menurut stasitik, setem jenis zodiak tersebut menjadi jenis setem yang paling lama dikeluarkan oleh kebanyakan negara di dunia. 

Konsul Jeneral China di New York, Zhang Qiyue berkata, TBC bukan sahaja disambut oleh penduduk China dan Asia, malah turut diraikan oleh rakyat AS dan seluruh dunia. 

Pada ketika ini, TBC telah ditetapkan sebagai cuti umum di lebih 10 negara. 

Buku panduan pelancongan di Britain telah menyenaraikan TBC sebagai cuti di negara itu.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin