Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Provinsi Hainan: Pulau Berbilang Kaum yang Mengujakan

2014-12-23 17:52:03

Provinsi Hainan: Pulau Berbilang Kaum yang Mengujakan

Provinsi Hainan merupakan sebuah pulau yang terdiri daripada golongan imigran. Pulau Hainan tidak berpenghuni pada mulanya. Kira-kira 3,000 tahun yang lalu, satu suku kaum daripada etnik Baiyue purba tiba di Pulau Hainan selepas merentasi Selat Qiongzhou. Mereka merupakan nenek moyang bagi etnik Li di provinsi Hainan. Pada hujung zaman Dinasti Song Selatan(tahun 1127 hingga 1279), bangsa Han pula berpindah ke bahagian selatan untuk mengelakkan keadaan kelam-kabut akibat perang saudara. Beratus-ratus ribu orang dari Putian, provinsi Fujian berhijrah ke Pulau Hainan. Mereka bukan sahaja membawa dialek Putian dan kebudayaan Fujian selatan, malah menggalakkan terbentuknya dialek Hainan. Selepas imigrasi orang Putian ke Pulau Hainan, etnik Miao dan etnik Hui pula berhijrah ke pulau ini secara beransur-ansur. Penghijrahan pelbagai kaum ke Pulau Hainan membentuk masyarakat berbilang etnik di pulau itu pada masa ini. Selepas evolusi sejarah, meskipun pelbagai etnik berkenaan saling berasimilasi, namun dialek yang paling mewakili keistimewaan kaum telah dikekalkan dan diwariskan dari generasi ke generasi, lalu membentuk beberapa jenis dialek Hainan.


Provinsi Hainan: Pulau Berbilang Kaum yang Mengujakan

Dialek Hainan

Dialek Hainan merupakan satu dialek daripada keluarga bahasa Mandarin. Dialek ini tergolong dalam dialek Fujian Selatan daripada sistem bahasa Sino-Tibet. Dialek ini digunakan di kebanyakan kawasan di provinsi Hainan dan komuniti Cina yang penduduknya berasal dari provinsi Hainan. Terdapat kira-kira 10 juta orang yang menggunakan dialek ini di seluruh dunia. Terdapat lebih 6 juta orang yang menduduki 80% daripada populasi keseluruhan provinsi Hainan bertutur dengan dialek ini. Dialek ini kemudian tersebar pada komuniti Cina di luar negara, termasuk Singapura, Malaysia,Thailand, Indonesia, Filipina dan AS selain bandar dan kaunti Hainan termasuk Haikou, Wenchang, Qionghai, Wanning, Dingan, dan lain-lainnya. Loghat di bandar Wenchang merupakan dialek Hainan yang paling standard dan mewarisi bahasa Mandarin tradisi. Dialek Hainan menggunakan tulisan bahasa Mandarin.


Provinsi Hainan: Pulau Berbilang Kaum yang Mengujakan

Empat jenis dialek Hainan

1.Dialek Danzhou

Dialek Danzhou tergolong dalam dialek Guangdong bahasa Mandarin daripada sistem bahasa Sino-Tibet. Dialek ini dituturkan oleh kira-kira 400 ribu orang di bahagian utara dan barat bandar Danzhou di provinsi Hainan serta di sepanjang kawasan pantai di bandar Changjiang dan di bandar Dongfang.

2. Dialek Mai

Dialek Mai tergolong dalam dialek Guangdong. Sebutan dialek ini hampir sama dengan dialek Guangdong. Dialek tersebut dituturkan di pekan Yacheng, bandar Sanya dan di kampung Shuinan, provinsi Hainan. Jumlah penduduk yang menggunakan dialek tersebut tidak ramai.

Provinsi Hainan: Pulau Berbilang Kaum yang Mengujakan

3. Dialek Jun

Dialek Jun dituturkan oleh 100 ribu orang di beberapa kawasan di bandar Changjiang, di Dongfang, di Danzhou dan di Sanya provinsi Hainan.

4. Dialek Hakka

Dialek Hakka digunakan oleh penduduk di kampung Shuishang, kaunti autonomi etnik Li dan etnik Miao, di bahagian tengah provinsi Hainan dan di bandar Danzhou.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin