Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Hayati Warisan Budaya di Qingzhou

2014-12-16 17:40:52

Hayati Warisan Budaya di Qingzhou

Qingzhou, sebuah kota purba yang kaya dengan khazanah warisan budaya di China, terutamanya warisan budaya dalam bentuk bukan kebendaan yang merangkumi sukan, cerita rakyat, nyanyian dan opera.

Li Xiantong yang berusia 66 tahun berpakaian seperti tukang pemaklum waktu pada zaman silam. Menurut kelaziman pada zaman purba, Li Xiantong akan mengadakan rondaan di jalan-jalan kota purba Qingzhou, sambil memukul loceng setiap dua jam. Beliau juga mengingatkan orang awam supaya berwaspada kepada sebarang risiko kebakaran. Tugasan beliau sebagai tukang pemaklum waktu ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kerja yang lama itu kepada orang pada zaman moden.

Hayati Warisan Budaya di Qingzhou

Renda Qingzhou antara hasil seni kraf tangan tempatan yang penuh bersejarah. Kain ini dihasilkan menggunakan kayu sehalus penyepit yang panjangnya kira-kira 10 sentimeter. Teknik pembuatannya sudah bersejarah hampir 200 tahun. Renda Qingzhou mempunyai hampir 1,000 jenis corak, dan sudah diperkenalkan ke Eropah dan AS.

Hayati Warisan Budaya di Qingzhou

Shen Hongfeng yang berusia lebih 60 tahun mahir dalam membuat kain yang istimewa ini. Kata beliau, pembuatan renda Qingzhou memerlukan teknik yang khusus dan unik kerana proses pembuatannya agak rumit. Golongan muda pada masa ini kurang berminat mempelajari teknik pembuatannya, maka agak susah bagi teknik berkenaan diwariskan kepada generasi akan datang.

Hayati Warisan Budaya di Qingzhou

Untuk memastikan warisan budaya yang unggul dapat dikekalkan, kerajaan Qingzhou telah menubuhkan 12 pusat yang khusus untuk memperkenalkan warisan budaya bukan benda kepada masyarakat awam, selain memberikan latihan berkenaan kepada golongan muda. Di samping itu, kerajaan tempatan juga memberikan ganjaran kepada lebih 100 orang tukang mahir yang membuat pertunjukan di tempat-tempat awam, masing-masing RMB 1,500 setiap bulan. Pertunjukan yang diadakan oleh seniman kalangan rakyat itu antara kaedah paling baik untuk memperkenalkan keunggulan warisan budaya Qingzhou kepada orang ramai.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin