Jiuzhaigou ialah salah satu destinasi pelancongan yang indah permai di China. Ramai pelancong berduyun-duyun masuk ke tempat itu untuk menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Namun, tahukah anda tentang adat resama yang istimewa di sana? Marilah ikut kami mengetahui sedikit sebanyak tentang adat resam di Jiuzhaigou.
Kebanyakan penduduk Jiuzhaigou ialah etnik Tibet. Memelihara lembu antara cara hidup mereka. oleh itu, produk tenusu yang berbagai-bagai amat banyak di Jiuzhaigou, termasuk keju parut, lemak susu yang dikering, yogurt dan lain-lain.
Pesta Mazi
Pada 15 bulan tiga mengikut kalendar tradisional China, tibalah perayaan yang paling meriah bagi orang etnik Tibet tempatan, iaitu Pesta Mazi. Pada hari itu, penduduk tempatan memakai pakaian yang cantik-cantik untuk menyertai aktiviti sambutan di kuil, bersembahyang, dan memuja nenek moyang untuk berdoa untuk kesejahteraan. Tarian dan nyanyian yang meriah turut diadakan pada hari itu. Orang muda selalu mengambil peluang perayaan itu untuk berkenal dengan kawan baharu malah mencari jodoh.
Pesta Deduo
Musim sejuk hingga musim bunga seterusnya adalah tempoh yang paling banyak berlaku kebakaran. Oleh itu, penduduk Jiuzhaigou mengundang sami ke rumah mereka untuk bersembahyang supaya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan. Dua acara yang penting pada Pesta Deduo ialah upacara "menjaga api" dan "menghalau api". Pada upacara menjaga api, sebuah menara memandang didirikan di tempat tinggi, penduduk di kampung bergilir berjaga di menara itu sepanjang malam. Sebelum pukul 12 malam, penduduk tempatan meronda di kampung sambil menyanyi, supaya menasihatkan orang ramai mencegah kebakaran. Selepas itu, diikuti dengan upacara menghalau api yang selalu dilaksanakan bersama oleh penduduk pelbagai kampung. Penghuni berdoa untuk kesejahteraan. Selain itu, ada penduduk menunggang kuda, mengibarkan bendera dan melepaskan tembakan untuk "menghalau api".