Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

2014-12-02 15:18:39

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

China memang memiliki banyak bangsa. Salah satu yang paling unik adalah bangsa Mosuo, kelompok masyarakat yang menetap di sekitar Tasik Lugu di bandar Lijiang, provinsi Yunnan. Bangsa ini dikatakan unik bukan hanya kerana mereka yang mempunyai bahasa sendiri masih tinggal di pedalamanan, bahkan juga mereka merupakan satu-satunya yang masih mengamalkan tradisi pewarisan dari sebelah ibu secara turun-temurun di China pada masa ini.

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

Puak Mosuo menganut sistem garis keturunan dari ibu sehingga kaum wanita menjadi lebih dominan dan kaum lelaki dalam puak ini dikatakan tidak memiliki hak yang sebanyak dengan wanita, bahkan juga ada sumber yang mengatakan bahawa si lekaki puak berkenaan tidak memiliki apa pun hak.

Bangsa Mosuo mempunyai keunikan yang tersendiri dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Keunikan berkenaan adalah mereka menjalin hubungan tanpa pernikahan bahkan sampai memiliki anak-anak.

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

Setiap wanita dewasa dalam Puak Mosuo yang yang ingin mempunyai anak berhak menjalin hubungan dengan si lelaki secara bebas. Sang wanita hanya menunggu kedatangan si lelaki ke rumahnya untuk bersama-sama menghabiskan masa malam. Ketika waktu pagi, si lelaki itu akan meninggalkan rumah wanita tersebut. Jika sang wanita merasa tidak sesuai dengan si lelaki yang datang tadi, dia akan menolaknya dan meneruskan penemuan seumpama itu sampai sang wanita mendapatkan pasangan yang diinginkannya, sedangkan si lelaki yang ditolak tadi pun tidak merasa sakit hati.

Cara Mencari Jodoh di Masyarakat Puak Mosuo

Tradisi mencari jodoh ini terus dijaga oleh Puak Mosuo, bahkan pemerintah tempatan berusaha untuk memelihara kebudayaan unik yang wujud di daerah tersebut agar tidak sampai terjejas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin