Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Kesenian Rakyat di Kalangan Etnik Salar

2014-11-06 14:04:57

Etnik Salar yang beragama Islam kebanyakannya tinggal secara berkomuniti di tebing Sungai Kuning di bahagian timur provinsi Qinghai.

Etnik Salar mempunyai kesenian tradisional yang tersendiri, iaitu sastera rakyat dalam bentuk percakapan dan nyanyian yang telah berkembang dalam kurun-kurun itu. Seni percakapan termasuk cerita, dongeng, riwayat, cerita ibarat, peribahasa, cerita lucu dan lain-lain. Manakala, seni nyanyian merangkumi Lagu Salar, Lagu Jamuan Makan Perkahwinan dan Huaer. Lagu Salar yang biasanya dinyanyikan untuk menyuarakan perasaan dalam bahasa Salar bermelodi menarik dan sudah berkembang menjadi kegemaran penduduk tempatan. Lagu ini ada beberapa jenis, seperti lagu cinta, lagu untuk bekerja dan juga yang menggambarkan kehidupan bahagia.

Kesenian Rakyat di Kalangan Etnik Salar

Kesenian Rakyat di Kalangan Etnik Salar

Lagu Jamuan Makan Perkahwinan yang juga disebut sebagai "Lagu Keluarga" adalah lagu rakyat yang amat popular di kalangan masyarakat Salar. Ia merupakan aktiviti rekreasi yang tidak dapat dikecualikan semasa berlangsungnya majlis jamuan makan perkahwinan yang membawa suasana keriangan.

Kesenian Rakyat di Kalangan Etnik Salar

Huaer, sejenis kesenian yang amat unik di Qinghai, mempunyai penilaian yang tinggi dari segi pengkajian muzik dan kesusasteraan serta amat popular bagi etnik-etnik yang beragama Islam di provinsi Qinghai, Gansu, wilayah autonomi Hui Ningxia. "Huaer" yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin itu bersejarah selama beberapa ratus tahun.

Tarian yang amat popular di kalangan etnik Salar adalah “tarian unta” yang dipersembahkan semasa berlangsungnya upacara pernikahan. Tarian itu dikenali umum dengan aksi yang ringkas serta melodi yang perlahan dan sederhana.

Kesenian Rakyat di Kalangan Etnik Salar

"Kouxian" adalah satu-satunya alat muzik etnik Salar yang bersejarah agak lama. Panjang alat muzik itu tidak sampai setengah sentimeter, dan beratnya tidak sampai 0.05 gram. Alat muzik itu mungkin alat muzik yang paling kecil di dunia.

"Kouxian" diperbuat menggunakan dawai tembaga atau perak dan berbentuk kaki kuda. Pemain muzik itu meniup alat muzik itu dan bunyinya sangat merdu.

"Kouxian" sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar, khususnya di kalangan wanita. Sehingga sekarang, penduduk etnik itu sentiasa membawa alat muzik tersebut semasa berjalan-jalan, kalau ada masa lapang, mereka akan bermain alat muzik itu untuk berhibur sendiri.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin