Pada penghujung zaman Dinasti Ming (Abad ke-17), kesenian wayang kulit yang berasal dari provinsi Shaanxi telah diperkenalkan di Kaunti Autonomi Datong yang berpenduduk etnik Hui dan etnik Tu, timur Qinghai. Dari lebih 360 tahun yang lalu hingga saat ini, wayang kulit ditambah elemen seni secara berturut-turut dari pelbagai seni budaya tradisional, termasuk sulaman, guntingan kertas, lukisan cat minyak dan lukisan keagamaan sehingga terbentuk ciri-ciri yang tersendiri, baik pada aspek reka bentuk mahu pun hiasan.
Menurut cerita yang tercatat dalam buku sejarah China, kira-kira 2,000 tahun yang lalu, Puan Li, gundik yang paling dicintai oleh Maharaja Wu Dinasti Han meninggal dunia kerena penyakit. Maharaja Wu merasa sangat sedih hingga tidak mahu menguruskan pentadbiran lagi. Seorang pegawai kanan, Li Shaoweng merasa bimbang terhadap keadaan tersebut. Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain boneka. Bayangan boneka di bumi nampaknya seperti orang yang benar. Li Shaowen segera mengarah tukang lukis menghasilkan gambar mendiang Puan Li, lalu membuat patung yang diperbuat daripada kain menurut gambar itu, dan kemudian menghidupkan kaki dan tangan patung itu dengan beberapa batang kayu yang terikat. Selepas itu, beliau mempersilakan baginda duduk di belakang tirai sutera. Setelah lilin dinyalakan, bayangan "Puan Li" mulai bergerak pada tirai tersebut, seperti orang yang benar. Ini sangat menggembirakan Maharajan Wu. Perkara ini dianggap merupakan catatan terawal tentang wayang kulit di China.
Patung wayang kulit Datong diperbuat daripada kulit lembu yang perlu dibersihkan dan dikeringkan sampai kelihatan telus. Membuat lakaran pada permukaan kulit lembu merupakan proses pertama, lalu proses kedua dan ketiga , iaitu mengukir dan menwarnakannya.
Seniman wayang kulit amat mementingkan kesan persembahan, yang tidak terlepas daripada pelbagai bahagian patung-patung boleh bergerak dan keistimewaannya yang dapat memperlihatkan sepenuhnya gaya kesenian yang unik serta adat resam masyarakat tempatan dengan irama muzik dan nyanyian sampingan yang lantang.