Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Sempoa China

2014-11-04 17:27:14

Sempoa China

Zhusuan atau sempoa China disenaraikan secara rasmi dalam Warisan Budaya Bukan Benda oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) pada 4 Disember 2013. Ini juga merupakan warisan budaya bukan benda yang ke-30 di China tersenarai dalam kategori ini. 

Sempoa merupakan sejenis alat hitung yang mempunyai sejarah selama 1,800 tahun dan dianggap "ciptaan hebat" kelima China. Sempoa terdiri daripada dua bahagian, iaitu dua dekak di atas dan lima dekak di bawah. Dekak-dekak di atas melambang nilai lima, manakala dekak-dekak di bawah melambang nilai satu.


Menurut Naib Ketua Pengarah Persatuan Sempoa China, Su Jinxiu, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi moden, penggunaan sempoa sebagai alat hitung semakin berkurang, namun sempoa masih mempunyai daya tarikannya tersendiri. Sempoa yang kini disenaraikan dalam Warisan Budaya Bukan Benda membantu lebih ramai orang mengenali dan memahami alat ini. Pasti lebih ramai warga China memberikan sumbangan bagi memelihara dan mengembangkan penggunaan sempoa kelak.

Menurut UNESCO, warisan budaya bukan benda yang mengiktiraf dan bertanggungjawab terhadap sejarah merupakan kunci bagi melestarikan pelbagai ciptaan manusia. Pada bulan Oktober tahun 2003, Perhimpunan Agung UNESCO ke-32 meluluskan Konvesyen Memelihara Warisan Budaya Bukan Benda demi memelihara budaya tradisi lisan, seni persembahan, amalan sosial, majlis dan upacara, kegiatan hari perayaan, pengetahuan dan amalan mengenai alam semesta, serta kraf tangan tradisional.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin