Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Asal Usul Sukan Polo

2014-11-03 08:23:12

Asal Usul Sukan Polo

Polo ialah sejenis sukan berpasukan yang matlamatnya adalah menjaringkan gol ke atas pasukan lawan dengan menunggang kuda. Polo dimainkan di atas padang rumput dengan menggunakan sebatang kayu pemukul yang berpemegang panjang.


Sukan ini pernah paling popular dimainkan pada zaman Dinasti Tang(tahun 618 hingga 907) dan beransur-ansur pupus pada zaman Dinasti Qing(tahun 1616 hingga 1911) di China. Menurut catatan sejarah dan lukisan dinding yang ditemui dalam Makam Li Xian, putera Zhang Huai pada zaman Dinasti Tang di kaunti Qian provinsi Shanxi pada 1971, sukan polo pada masa itu disertai dua pasukan dengan menggunakan kayu pemukul sambil menunggang kuda. Setiap pasukan yang terdiri daripada 4 atau 5 bahkan 10 orang pemain cuba memukul bola ke dalam gawang pasukan lawan. Menurut catatan sejarah, pada zaman Dinasti Tang(tahun 709) ketika pemerintahan Maharaja Zhong Zong, seorang utusan dari negeri Tubo datang ke Chang'an, ibu kota Dinasti Tang untuk menjembut Puteri Jincheng. Utusan itu juga membawa sebuah pasukan polo yang terdiri daripada 10 pemain kerana mendapat tahu Maharaja Dinasti Tang suka menonton perlawanan polo. Puak Tubo merupakan etnik nomad yang mahir menunggang kuda dan bermain polo, maka pasukan polo Dinasti Tang selalu ditewaskan oleh pasukan Tubo dalam perlawanan.


Asal Usul Sukan Polo

Walaubagaimanapun, asal usul sukan polo selalu dijadikan topik perbincangan sarjana dalam dan luar China. Menurut sarjana Barat yang mengkaji sejarah sukan, sukan polo paling awal tercatat dalam bahasa Persi dengan perkataan "Polo". Namun sarjana China tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana tidak ada catatan melibatkan perkataan "Polo" dalam sebarang buku sejarah China. Pendapat yang lebih popular di China adalah sukan polo yang disebut sebagai "Ma Qiu" dalam bahasa Mandarin berasal dari wilayah Tibet China. Menurut Encyclopedia Britannica edisi tahun 1947, sebutan "Polo" dianggap berasal dari "Pulu" Bahasa Tibet dan beransur-ansur disebarkan ke India, akhirnya dibawa oleh tentera kuda Britain ke Eropah pada abad ke-19. Selain itu terdapat juga pendapat yang mempercayai China memang tempat lahirnya sukan polo, namun bukan di Tibet, sebaliknya di kawasan tengah China.

Boleh dikatakan penyelidikan mengenai kampung halaman sukan polo dan laluan penyebaran sukan itu melibatkan pelbagai bidang yang tidak hanya berkaitan dengan sejarah sukan dan adat resam semata-mata.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin