Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Asal Usul Silat Taiji

2014-11-02 12:19:47
196679_2014110212235069479700.jpg 196679_2014110212235759578000.jpg 196679_2014110212240416072800.jpg
196679_2014110212240874105500.jpg

Apabila menyebut Taiji, ramai orang khususnya orang asing teringat silat Taiji, namun Taichi bukan sekadar senaman tradisional sahaja, ia juga falsafah yang istimewa pada zaman purba China. Pada Mei tahun 2006, Silat Taiji diisytiharkan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat negara di China.

Sungai Kuning ialah sungai kedua terbesar di China dan kelima terbesar di dunia. Dalam sejarah China, aliran Sungai Kuning memainkan peranan yang amat penting dalam pengembangan tamadun manusia dan juga tempat asal bagi etnik Han di China. Oleh itu, Sungai Kuning dipanggil sebagai "Sungai Ibunda" di China.


Sungai Luo pula ialah sungai yang terkenal di China. Sungai itu ada kaitan rapat dengan perkembangan huruf purba China.

Pemandangan tempat pertemuan Sungai Kuning dan Sungai Luo amat menakjubkan disebabkan air Sungai Luo yang jernih dan air Sungai Kuning yang berlumpur. Menurut catatan sejarah, nenek moyang etnik Han, iaitu Fu Xi melihat pemandangan pertemuan kedua-dua sungai itu dan mencipta Kitab Yijing dan budaya Taiji.


Kaunti Wen, Provinsi Henan merupakan salah satu tempat asal pergerakan manusia di China. Budaya Taoisme, Buddhisme dan Kongfusiusme berkembang dan bertemu di kawasan ini dan memainkan peranan penting bagi tamadun China sekarang.

Pada awal zaman Dinasti Ming (tahun 1368-1644), Chen Bu membawa keluarga berpindah dari Shanxi ke kaunti Wen. Disebabkan perompak yang sentiasa mengacau penduduk tempatan, Chen Bu mengajar penghuni belajar Wu Shu. Chen Wangting, anak generasi ke-9 Chen Bu bukan sahaja pandai Wu Shu dari nenek moyangnya, tetapi juga mempunyai pengetahuan tentang pelbagai fahaman purba China. Beliau mencipta Silat Taiji berdasarkan fahaman keharmonian antara manusia dengan alam. Sekarang, silat Taiji telah menjadi senaman penduduk untuk menguatkan badan dan menenangkan hati.

Silat Taiji sekarang tersebar meluas ke setiap pelosok di dunia dan menjadi jambatan bagi komunikasi rakyat pelbagai negara dan kaum.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin