Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Jalan Jinli untuk SAng Pembeli

2017-05-12 17:16:44

Jalan Jinli untuk SAng Pembeli

Oleh: Faizal Riduan

Papan tanda 'Jalan Jinli' di pintu gerbang daripada batu-batu ubin hijau menyambut kedatangan saya ke sebuah pasar kraftangan dan seni tradisi.

Menyusuri 'Jalan Pertama Negeri Shu' ini seperti melalui masa lalu. Dengan bangunan klasik dan lanskap Kuil Marquis mengembalikan kegemilangan Dinasti Qing. Bunyi loceng tandu beroda yang membawa pelancong juga benar-benar penampakan suasana silam.

Suasana yang indah seperti sebuah pasar tradisional dengan produk kraftangan menjual aneka teh dan sambal cili, snek dan makanan tradisi, sulaman dan kain, kraftangan dan cendermata, kaligrafi dan pelbagai hasil karya artis seni.

Jalan Jinli untuk SAng Pembeli

Satu lagi kehebatan Jalan Jinli ialah ia menempatkan syurga makanan dan kulinari terhebat di sini. Sayangnya sebagai seorang pengamal makanan halal, saya hanya mampu menjamu mata sahaja.

Berjalan di sini terasa amat menyenangkan walaupun bersesak dengan pengunjung sehingga mencatat rekod 18 juta pengunjung setahun. Ini kerana tiada sebarang gangguan daripada jurujual yang memujuk dan merayu.

Mengunjungi Chengdu dan Sichuan tidak lengkap tanpa melalui Jalan Jinli yang merupakan "Pusat Pameran Kebangsaan bagi Industri Budaya".

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin