Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Xinjiang Cipta Kad Nama Baharu B&R

2017-05-08 11:19:35

Xinjiang Cipta Kad Nama Baharu B&R

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang seluas lebih 1.6 juta kilometer persegi di barat laut China, adalah antara syurga makanan enak bagi penggemar makanan halal.

Padang pasirnya yang luas, anggurnya yang manis dan gadis etnik Uygur yang cantik memang sudah diketahui umum.

Kini, budaya berkuda, ekologi kuno dan kesenian moden yang berintegrasi dengan sumber sejarah, adat resam, budaya tradisi dan moden telah menjadikan Xinjiang sebagai destinasi pelancongan yang menonjolkan budaya Asia Barat, di samping mencipta kad nama baharu yang mempamerkan budaya Jalan Sutera dalam inisiatif pembangunan Jalur dan Laluan (B&R).

Xinjiang Cipta Kad Nama Baharu B&R

Taman Biologi Kuno Xinjing yang terletak di Urmuqi, ibu kota Xinjiang merupakan pusat pameran kuda Ferghana yang paling besar di dunia.

Para pelancong boleh mendekati lebih seratus ekor kuda Ferghana yang amat berharga dari Asia Barat, dan melihat 300 batang kayu bersilika pada zaman Jurasik, iaitu 160 juta tahun lalu di pusat perlindungan fosil kayu terbesar dunia.

Xinjiang Cipta Kad Nama Baharu B&R

Pada pelancong turut dapat merasai perubahan ketara kawasan Asia Barat ketika berjalan-jalan menyusuri 3,800 batang pokok populus euphratica kuno.

Dalam pada itu, lukisan cat minyak dari dalam dan luar negara China yang bertemakan budaya Asia Barat turut dipamerkan di Galeri Seni Kuda Liar.

Taman Biologi Kuno Xinjiang yang merupakan pusat industri kebudayaan Xinjiang telah disenaraikan sebagai “pusat demonstrasi industri kebudayaan” oleh Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin