Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Menyingkap Keunikan Chengdu

2017-04-27 10:23:36

Menyingkap Keunikan Chengdu

Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan di barat daya China, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang amat menarik, selain mempunyai sejarah dan kebudayaan yang cemerlang. 

Masakan yang sedap, opera Sichuan yang menarik dan gaya hidup yang bersantai menjadi daya tarikan istimewa kepada pelancong. 

Selain itu, terdapat banyak kisah berhubung maharaja dan pembesar serta sasterawan terkenal yang berasal dari Chengdu.

Menyingkap Keunikan Chengdu

Chengdu merupakan tempat berasalnya kebudayaan negeri Shu pada zaman Tiga Negeri (220-280). Banyak artifak yang ditemui di bandar ini membuktikan  kegemilangan tamadunnya sejak ribuan tahun yang lalu.

Menyingkap Keunikan Chengdu

Chengdu kaya dengan warisan seni budaya yang cemerlang, yang turut memberi pengaruh besar kepada masyarakat Cina di seluruh dunia. Kebudayaan ini telah diterap dalam kehidupan harian penduduk tempatan, seperti budaya makan, cara bersantai dan tradisi minum teh.

Selain itu, Chengdu mempunyai sistem pengairan tertua di dunia, Dujiangyan yang merupakan antara lambang kehebatan tamadun China yang wujud hingga kini.

  Tip pelancongan:

  1.      Sediakan payung kerana banyak hujan di bandar ini sepanjang tahun.

  2.      Chengdu terkenal dengan masakan yang pedas dan sedap, namun jangan makan terlalu banyak kerana tidak baik kepada perut.

  3.      Bulan Mac hingga Jun dan bulan September hingga November adalah masa yang terbaik untuk melawat ke Chengdu.

  4.      Bulan Julai dan Ogos merupakan tempoh yang cuacanya paling panas di Chengdu, namun terdapat beberapa pusat peranginan yang berbaloi dilawati di sekitar bandar Chengdu, termasuk Gunung Qingcheng, Gunung Salji Xiling dan Jiulonggou.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin