Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

2017-04-10 15:12:19

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Bandar Tainan, satu daripada 3 hub komersial awal Taiwan, bermula di sini di Anping. Laluan 88 Anping berhenti di tapak-tapak bersejarah utama seperti Kota Anping, Kubu Erkunshen, bekas pejabat Tait and Co., dan Rumah Pokok Anping di samping beberapa tempat terkemuka di kota itu untuk mencuba pelbagai makanan jalanannya.

Kubu Erkunshen (Kubu Abadi)

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Terletak di selatan Anping, kubu ini merupakan satu bahagian utama pertahanan kota semasa lewat kurun ke-19. Rekabentuk struktur blok batu dan bata ini mencerminkan pemikiran Barat kontemporari mengenai pertahanan strategik.

Mesti-lihat: Gerbang kubu, meriam

Masa: 30 min (anggaran)

Taman Lin Mo-Niang

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Lin Mo-niang adalah nama mortal dewi laut, Mazu (Matsu) - seorang tokoh suci dalam kepercayaan agama rakyat tempatan. Taman luas ini adalah satu tempat yang hebat untuk berehat, berjalan-jalan, dan memerhatikan apa yang keluar masuk di Pelabuhan Anping.

Mesti-lihat: Patung Lin Mo-Niang

Masa: 30 min (anggaran)

Budaya Orang Asli

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Muzium Kota Tainan sebelum kedatangan orang-orang Belanda dan China, Tainan adalah penempatan asal puak Tsou. Muzium ini telah diwujudkan untuk mengabadi dan meraikan warisan Tsou dan sejarah di kawasan sekitar Tainan yang lebih besar.

Mesti-lihat: Seni ukiran batu dan kayu, persembahan tarian

Masa: 1 jam (anggaran)


Kota Anping (Kota Zeelandia)

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Asalnya dibina oleh pedagang-pedagang Belanda pada tahun 1624, Kota Anping adalah kota tertua di Taiwan. Struktur utama yang masih ada ini sudah berusia lama sejak dari Zaman Penjajahan Jepun (1895-1945), dan struktur tembok berusia lama sejak dari zaman Belanda juga masih boleh kelihatan.

Mesti-lihat: Tembok luar berusia hampir 4-kurun dan lain-lain elemen berstruktur

Masa: 1 jam (anggaran)

Tait and Co. / Rumah Pokok Anping

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

Bangunan serba putih berusia sekurun ini adalah pusat operasi dagangan Tait and Co. (UK) di selatan Taiwan. “Rumah Pokok” ini merupakan bekas gudang garam yang kini dicengkami oleh pokok-pokok banyan yang tersergam indah.

Mesti-alami: Laluan Kayu Skyway di atas Rumah Pokok Anping

Masa: 30 min (anggaran)

Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan biasa bus ke tapak-tapak tempatan)

Laluan 88 Anping, Bandar Tainan

(MULA) Stesen TRA Tainan (jalan keretapi) ⇄ Kubu Eternal (Erkunshen) ⇄ Taman Lin Mo-Niang ⇄ Taman Bersejarah Pelabuhan Anping ⇄ Muzium Budaya Orang Asli ⇄ Muzium Terusan Tainan ⇄ Dewan Budaya Anping Oyster Shell Cement Kiln ⇄ Kubu Anping Tait and Co. dan Rumah Pokok Anping(AKHIR)

  • Jumlah Masa Kembara: 1.5 jam (mula hingga akhir)
  • Pergi ke Sana: Naiki teksi untuk jarak pendek ke Erkunshen yang berdekatan dan kemudian naiki Laluan 88 Anping.
  • Tambang: NT (RM2.6 ), dan NT tambang-separuh (RM1.3)untuk setiap hentian; NT (RM11.6) pas bas sehari-penuh.
  • Hotline: 06-221-9177
  • Laman Web: www.taiwantrip.com.tw

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin