Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kawasan Baharu Xiong'an

2017-04-07 11:11:10
933141_2017040711111653998300.jpg

Baru-baru ini, China mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Kawasan Baharu Xiong'an di provinsi Hebei, sebagai sebahagian langkah untuk menggalakkan pembangunan terselaras kawasan Beijing-Tianjin-Hebei (BTH).

Langkah tersebut disifatkan sebagai satu pilihan strategik yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

Kawasan Baharu Xiong'an, yang terletak kira-kira 100 kilometer di barat daya Beijing, merangkumi kaunti Xiongxian, Rongcheng dan Anxin serta kawasan sekitarnya.

Ia menjadi satu lagi kawasan baharu yang signifikan di China selepas Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan Kawasan Baharu Pudong di Shanghai.

Ketua Pengarah Jawatankuasa Penasihat Pembangunan BTH, Xu Kuangdi ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua menjelaskan bahawa Kawasan Baharu Xiong'an terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah kawasan segi tiga yang dibentuk oleh Beijing, Tianjin dan Shijiazhuang, ibu kota provinsi Hebei.

Dengan kemudahan pengangkutan yang cekap dan persekitaran ekologi yang baik, Xiong'an dipercayai mampu dibangunkan sebagai zon ekonomi unggul, selain menjadi kawasan yang selesa didiami.

Menurut rancangan berkenaan, fasa pertama projek tersebut melibatkan kawasan seluas 100 kilometer persegi, fasa kedua seluas 200 kilometer persegi dan fasa akhir kira-kira 2,000 kilometer persegi.

Xu Kuangdi menyatakan bahawa jurang pembangunan yang terlalu besar antara provinsi Hebei dengan Beijing dan Tianjin tidak selaras dengan situasi baharu. Oleh itu, usaha mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang di kawasan BTH dianggap amat signifikan.

Projek berkaitan Xiong'an akan dilaksanakan berdasarkan konsep pembangunan yang baharu, dengan menyasarkan menjadi sebuah metropolitan moden.

Xiong'an kaya dengan sumber pelancongan. Antaranya Tasik Baiyangdian yang paling terkenal. Baiyangdian yang terletak di tengah-tengah Kawasan Baharu Xiong'an, merupakan tasik yang paling luas di provinsi Hebei.

Baiyangdian terdiri daripada 143 tasik kecil dan merupakan kawasan peranginan peringkat AAAAA negara.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin