Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Tainan, Taiwan

2017-03-23 14:18:03

Selama 38 tahun mereka menjajah wilayah Tainan, kerajaan Belanda bukan sahaja berdagang dan mengenakan cukai, malah turut membina dua buah kubu yang kini menjadi tarikan pelancong. 

Puting beliung dan gempa bumi telah merosakkan kubu-kubu tersebut tetapi tidak memusnahkan Kubu Zeelandia di Daerah Anping yang menjadi peninggalan sejarah Belanda pada kurun ke-l7. 

Sebelum melawat ke muzium cantik di situ, amati kubu berdinding besar yang dibina daripada batu-bata dan batu karang serta panjat menara pengawal untuk melihat pemandangan kota raya dan persisiran dari jauh. 

Kubu Provintia telah lama runtuh dan di atasnya berdiri dua buah pagoda fotogenik yang dibina pada kurun ke-l9. 

Taman di sekitar halaman pagoda begitu indah dan cukup sesuai untuk bersantai sambil minum kopi pada waktu petang.

Selama 212 tahun, Tainan menjadi pusat kerajaan, pendidikan dan kebudayaan di provinsi Taiwan. 

Kuil Confucius barangkali bangunan klasik yang paling cantik di Taiwan dan berusia berkurun lamanya. 

Jepun yang menjajah Taiwan dari 1895 ke 1945 meninggalkan beberapa peninggalan sejarah seperti National Museum of Taiwanese Literature atau Muzium Nasional Kesusasteraan Taiwan, Former Tainan Meeting Hall dan Dewan Mesyuarat Lama Taiwan.

Berbanding dengan keheningan tempat tersebut, gedung beli-belah dan pasar-pasar malam hiruk-pikuk dengan kunjungan ramai pengunjung. Makanan tempatan yang digemari di sini ialah telur goreng tiram.

Daerah Rende ada dua tarikan kebudayaan. Ten Drum Culture Village atau Kampung Kebudayaan Sepuluh Dram terletak di kilang gula lama. 

Kampung kebudayaan tersebut merupakan pangkalan bagi Ten Drum Art Percussion Group atau Kumpulan Kesenian Genderang Sepuluh Dram. 

Kumpulan ini membuat persembahan hebat dengan kombinasi moden dan tradisional yang layak memenangi anugerah. 

Muzium Chi Mei berbeza daripada muzium-muzium di Tanah Besar China. Muzium tersebut kurang mempamerkan sejarah Cina Han atau kebudayaan orang asli, dan lebih banyak menampilkan koleksi Eropah seperti peralatan muzik, senjata, baju perisai, lukisan minyak dan arca.

Taman Nasional Taijiang

Taman Nasional Taijiang merupakan taman nasional China yang terbaru. Taman tersebut meliputi banyak tapak bersejarah tinggalan penjajah Belanda dan General Koxinga, serta kawasan-kawasan ekologi penting. 

Lagun-lagun di Daerah Qigu menjadi habitat musim sejuk bagi spesies burung yang amat jarang-jarang didapati, iaitu Black-faced Spoonbill yang cantik. 

Hampir 200 spesies burung dapat dilihat, kebanyakannya berkumpul di dataran garam yang telah ditinggalkan, salah satu landskap yang menarik di taman tersebut. 

Para pengunjung yang sukakan pemandangan laut, boleh menjelajah Southwest Coast National Scenic Area atau Kawasan Pemandangan Persisiran Barat Daya.

Siraya National Scenic Area atau Kawasan Pemandangan Siraya, yang meliputi kawasan pedalaman Tainan, didedikasikan khas untuk puak Siraya, puak orang asli yang sudah lama pupus, yang pada suatu ketika dahulu pernah menetap di situ. 

Di kawasan kaki gunung yang menawan terdapat perkampungan petani yang memukau mata, daerah penanaman buah-buahan dan tempat takungan air yang indah. 

Di sekitar Guanziling dan Dongshan, mereka boleh menikmati secawan kopi daripada bijian kopi yang ditanam di situ dan berendam dalam kolam lumpur air panas.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin