Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Chiayi, Provinsi Taiwan

2017-03-01 15:34:35

Terdapat tiga landasan kereta api bercerun curam di dunia, salah satunya ialah Alishan Forest Railway atau Landasan Kereta Api Hutan Alishan. 

Landasan kereta api tersebut merupakan binaan kejuruteraan yang menakjubkan kerana menghubungkan Chiayi (嘉义市) yang berada di ketinggian 30 meter dari aras laut, menuju ke puncak Alishan setinggi 2,216 meter. 

Para penumpang yang menaiki kereta api pasti berasa takjub tatkala melalui perjalanan yang berliku-liku, berpusing dan sentiasa berubah arah sewaktu mendaki kawasan tanah tinggi. 

Mereka menyaksikan panorama hutan dengan lebih dekat lagi di sepanjang perjalanan yang berubah dari zon tropika ke zon iklim sederhana, kemudian ke banjaran Alpine.

Alishan Forest Recreation Area atau Kawasan Rekreasi Hutan Alishan merupakan hutan simpan yang memukau pandangan, dipenuhi pokok ceri dan pokok gergasi sipres. 

Udara di sini amat bersih dan segar, membuatkan para pengunjung berasa relaks dan cergas kembali. 

Melihat keindahan matahari terbit dan terbenam merupakan aktiviti tradisi di pergunungan Taiwan yang tiada tolok bandingnya. 

Para pelancong bangun awal-awal pagi dan menaiki van atau kereta api ke Zhushan, untuk melihat lautan awan berkepul-kepul dari tempat tinggi.

Ladang teh yang kemas tersusun membarisi jalan utama ke Alishan.

Para pengunjung mungkin berpeluang melihat daun-daun teh yang sedang dijemur di bawah terik matahari. 

Teh gunung dijadikan cenderahati yang cukup popular dan ramai petani menjual terus kepada para pengunjung. 

Antara pencuci mulut yang sangat sedap di sini termasuklah jeli buah ara yang menyegarkan. 

Namun, tanaman Alishan yang istimewa ialah perasa makanan, wasabi yang menyerupai lobak kuda dan sering dimakan dengan sashimi. 

Pakar makanan dapat membezakan rasa wasabi segar dengan wasabi dalam tiub yang kerap dihidangkan di restoran. 

Cuba rasa snek perisa wasabi seperti kacang fava kering atau pesan semangkuk sup ayam yang dimasak dengan akar wasabi.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin