Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Taman yang Berbaloi Dilawati di Nanning

2017-02-23 15:06:40

Taman yang Berbaloi Dilawati di Nanning

Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China mempunyai beberapa taman yang berbaloi untuk dilawati kerana memiliki daya tarikan yang berbeza dan istimewa.

Taman yang Berbaloi Dilawati di Nanning

Gunung Qingxiu

Kawasan peranginan Gunung Qingxiu mempunyai pemandangan bukit-bukau yang amat mempesona. 

Pagoda Longxiang (Pagoda Naga dan Gajah) serta mata air yang terdapat di taman itu mempunyai kisah legenda yang popular dan penuh misteri. 

Dengan mendaki Pagoda Longxiang yang mempunyai 207 tangga pilin, pelancong dapat menikmati panorama bandar Nanning. 

Terdapat pelbagai spesies tumbuhan di kawasan peranginan Gunung Qingxiu, antaranya termasuklah tumbuhan kuno seperti pokok sikad yang sudah berusia lebih 1,300 tahun. 

Sekiranya melawat ke kawasan peranginan ini pada bulan Mac, bunga pokok pic yang tumbuh mekar pada ketika itu menjadikan pemandangan di situ sungguh menawan.

Tip: Masa lawatan: 3 hingga 4 jam Harga tiket: 20 yuan, percuma untuk kanak-kanak yang ketinggian kurang daripada 1.2 meter Alamat: No.6 Jalan Selatan Fengling, daerah Qiongxiu, Nanning

Taman yang Berbaloi Dilawati di Nanning

Taman Nanhu

Taman Nanhu atau Taman Tasik Selatan terkenal dengan pemandangan indah di sepanjang tepi tasik yang dihiasi pokok willow. 

Taman Nanhu dianggap tempat yang ideal untuk menikmati pemandangan indah pada musim bunga. 

Pada waktu senja, Taman Nanhu juga lokasi yang baik untuk menikmati pemandangan senja. 

Walaupun berada di kawasan bandar yang sibuk, namun pengunjung dapat menikmati suasana yang sunyi dan mendamaikan di taman itu.

Tip: Masa lawatan: 2 jam Percuma

Zoo Nanning

Zoo Nanning bukan sahaja diminati oleh golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa. 

Selain sebagai tempat pemeliharaan haiwan seperti zoo yang lain, terdapat satu kawasan yang istimewa di Zoo Nanning, iaitu  Dunia Air Caribbean yang merupakan taman tema air yang paling besar di Nanning. 

Selain dihiasi dengan pemandangan tropika, terdapat tangga luncur dan laluan luncur yang mencabar serta kolam yang berombak di sana. 

Maka, taman itu sering dibanjiri pelancong pada musim panas.

Tip: Masa lawatan: separuh hari atau sepanjang hari. Tiket untuk zoo: 50 yuan Tiket Dunia Air Caribbean: 120 yuan  Waktu Dibuka:  8.00 pagi hingga 5.30 petang Alamat: No.3 Jalan Barat Daxue, Distrik Xixiangtang, Nanning   

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin