Gelanggang luncur ais Taman Yihe, gelanggang luncur ais semula jadi terbesar di Beijing, ibu negara China dibuka kepada orang ramai baru-baru ini.
Waktu pembukaan gelanggang tersebut lewat 3 minggu berbanding dengan tahun lalu berikutan suhu udara di Beijing yang lebih tinggi pada tahun ini.
Selain itu, keluasannya telah berkurangan daripada 700 meter persegi kepada 500 meter persegi pada tahun ini.
Difahamkan, langkah-langkah keselamatan di gelanggang luncur ais itu telah ditingkatkan bagi mengelak daripada insiden berlanggar antara satu sama lain.
Dalam pada itu, mereka juga dapat menikmati panorama indah di Taman Yihe ketika meluncur ais.
Di satu kawasan khas, sebanyak 10 acara permainan ais turut disediakan, khususnya untuk golongan muda dan kanak-kanak.
Antara permainan tersebut termasuklah kereta luncur ais perseorangan, kereta luncur ais berpasangan, basikal di atas ais, kereta laga (dodgem) dan kapal ais.
Sebanyak 30 pengawal keselamatan telah ditugaskan untuk meronda di sekitar gelanggang bagi memastikan keselamatan para peserta terjamin.
Taman Yihe merupakan taman diraja pada zaman Dinasti Qing, dinasti terakhir dalam sejarah China.
Taman Yihe yang terletak di barat daya bandar Beijing disenaraikan dalam Warisan Budaya Dunia pada tahun 1998.