Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Guangzhou, Kota Kambing

2017-01-26 14:40:03

Guangzhou, Kota Kambing

Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong merupakan sebuah bandar raya utama di bahagian selatan China. Guangzhou juga dikenali dengan nama “kota kambing”. 

Nama yang unik itu berasal daripada satu legenda yang popular dalam kalangan rakyat China sejak zaman purba kala.

Menurut legenda tersebut, Guangzhou pernah mengalami bencana alam yang amat teruk, sehingga tanah bendang menjadi tandus dan rakyat sukar untuk memperoleh makanan. 

Pada suatu hari, lima kepulan awan muncul di langit, sambil mengiringi lima dewa yang menunggang lima ekor kambing yang berbeza-beza warna. Kambing dari langit itu membawa padi di dalam mulut.

Lima dewa itu menghadiahkan kambing serta padi kepada penduduk Guangzhou dan berharap agar mereka tidak lagi menghadapi kesukaran pada masa akan datang. 

Guangzhou, Kota Kambing

Guangzhou yang terletak di pesisir pantai tenggara China maju dalam bidang perikanan pada zaman purba. 

Rakyat tempatan juga ramai yang belayar dan berhijrah ke beberapa negara jiran, khususnya negara di rantau Asia Tenggara. 

Asia Tenggara juga dikenali dan sering disebut sebagai "Nanyang” dalam bahasa Mandarin oleh penduduk Guangdong. 

Selain itu, penduduk Guangdong juga ramai yang bermastautin di pelbagai negara di dunia, seperti AS dan negara Eropah. 

Oleh itu, dialek pertuturan orang Guangdong, “kantonis” menjadi semakin popular dalam kalangan perantau Cina di seluruh dunia. 

Kedudukan Guangzhou yang strategik menjadikan Guangzhou “pintu utama di bahagian selatan” China yang terbuka kepada dunia. 

Pameran Perdagangan Guangzhou yang telah bersejarah hampir 60 tahun adalah antara ekspo berskala paling besar dan berprestij di China, serta berjaya menarik penyertaan banyak syarikat dari pelbagai negara.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin