Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Destinasi-Destinasi Menarik di Bandar New Taipei, Taiwan (3)

2017-01-17 15:42:11

Wulai dan Yingge

Wilayah Wulai di selatan Taipei diairi oleh air sungai dari lembah yang sempit dan indah. Wilayah tersebut merupakan tapak tinggalan orang asli Atayal, salah satu puak terbesar di Taiwan.

Bahagian pertama wilayah Wulai bertumpu di kolam air panas, hotel-hotel murah hingga hotel bertaraf lima bintang dan kemudahan awam yang lain di sepanjang tebing sungai.

Jalan utama dibarisi kedai-kedai makan dan gerai kraf tangan khas untuk para pelancong. Terdapat muzium baharu, Wulai Atayal Museum yang menyediakan penerangan dalam bahasa Inggeris.

Maju ke hulu sungai di gaung yang sempit itu merupakan bahagian kedua Wulai.

Para pelancong boleh ke sana dengan menaiki kereta api mini melalui landasan sempit yang pernah digunakan untuk industri pembalakan.

Lokasi tersebut dipanggil Wulai Aboriginal Culture Village atau Kampung Budaya Orang Asli Wulai.

Di situ, terdapat teater untuk persembahan tarian dan nyanyian orang asli, pameran kebudayana dan kedai makan yang menghidangkan makanan tradisional Atayal.

Kereta kabel akan membawa anda merentasi gaung sempit ke pusat peranginan di dataran iris yang berada di puncak Air Terjun Wulai.

Di Taiwan, perkataan "Yingge" bermaksud "seramik". Tempat tersebut telah menjadi pusat pembuatan seramik selama dua kurun.

Para pelancong dan penduduk tempatan datang beramai-ramai ke Old Pottery Street yang berturap batu bundar, di Jianshanpu Road.

Kawasan tersebut dibarisi lebih 100 buah kedai yang menjual semua jenis produk seramik daripada pasu-pasu kecil hinggalah replika khazanah terkemuka yang terdapat di National Palace Museum.

Kebanyakan kedai ada menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke luar negara. Terdapat juga lawatan ke kawasan batu kapur.

Yingge Ceramic Museum yang moden itu bertaraf dunia, dengan penerangan dalam bahasa Inggeris serta pameran-pameran, demonstrasi dan sesi membuat produk seramik.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin