Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Destinasi-Destinasi Menarik di Bandar Taipei Baharu, Taiwan (2)

2016-12-22 09:58:01

Destinasi-Destinasi Menarik di Bandar Taipei Baharu, Taiwan (2)


Houtong

Perkampungan Kucing Houtong (猴硐猫村) terletak di daerah Ruifang, bandar Taipei Baharu. Pekan kecil ini terkenal dengan populasi kucing yang banyak. Pekan kecil bekas kawasan perlombongan ini mempunyai jalan keretapi yang dibina semasa zaman penjajahan Jepun di Taiwan. Lombong ini pernah menghasilkan 220,000 tan arang batu setahun, menjadikannya pengeluar arang batu terbesar di Taiwan.

Pada tahun 2008, peminat kucing secara sukarela ingin memberikan kucing jalanan yang terbiar kehidupan yang baharu dan terjamin. Kemudiannya, Houtong menjadi terkenal sebagai pusat pencinta kucing di samping populasi kucing yang tinggal di Houtong semakin meningkat dan berkembang menjadi pusat destinasi pelancong.

Destinasi-Destinasi Menarik di Bandar Taipei Baharu, Taiwan (2)

*Anda boleh membeli tiket perjalanan sehala untuk aliran Pingxi dan Shen'ao yang berharga 64 NT (RM9) di stesen utama Taipei. Perjalanan ini mengambil masa selama 1 jam setengah dari stesen utama Taipei. Dengan tiket perjalanan sehala aliran Pingxi dan Shen'ao, anda juga boleh melawati pekan Houtong, Pingxi, Jingtong dan Shifen dalam masa sehari kerana kesemua pekan tersebut terletak dalam perjalanan yang sama.

Destinasi-Destinasi Menarik di Bandar Taipei Baharu, Taiwan (2)

Pingxi Branch Railway adalah antara landasan keretapi yang berkhidmat untuk lombong-lombong arang batu di kawasan ini. Laluan ini adalah gabungan pemandangan alam semulajadi, gaya hidup kampung dan sejarah perlombongan.

Bayaran: Tiket Sehala: NT (RM7.8)

Tiket Day Pass: NT (RM9)

Pengangkutan: Taipei Main Station - Station Ruifang (Tiket Sehala) - Aliran Pingxi Railway (Tiket Day Pass)

*Keretapi Pingxi bermula dari NMMST (National Museum of Marine Science & Technology) dengan melalui Ruifang, Houtong, Sandiaoling, Dahua, Shifen, Wanggu, Lingjiao, Pingxi dan berakhir di Jingtong

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin