Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Shanghai, "Kad Nama" China Moden

2016-12-15 11:18:31

Shanghai, "Kad Nama" China Moden

Shanghai, salah sebuah daripada empat buah bandar di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China, merupakan pusat ekonomi, kewangan, perdagangan dan perkapalan yang terbesar di negara ini. 

Shanghai mempunyai pangkalan industri dan pelabuhan perdagangan yang terbesar di China. 

Kebanyakan penduduk di sana menggunakan dialek Shanghai.

Pada zaman dahulu, Shanghai hanya merupakan pekan yang menjalankan industri perikanan dan industri kraf tangan serta tekstil. 

Pada abad ke-19, Shanghai semakin berkembang kerana lokasinya yang strategik itu. 

Selepas Perjanjian Nanjing ditandatangani pada tahun 1842, Shanghai menjadi salah sebuah pelabuhan perdangangan luar China, dan berkembang dengan pesat. 

Oleh itu, bandar ini menjadi pusat pertukaran perdagangan antara Timur dengan Barat. 

Hingga tahun 1930-an, Shanghai menjadi pusat perdagangan antara syarikat-syarikat transnasional, dan merupakan pusat komersial yang paling makmur di rantau Asia Pasifik. 

Selain itu, Shanghai turut digelar “Paris di Timur”. 

Namun, selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, hampir semua orang asing meninggalkan Shanghai, mengakibatkan ekonomi bandar Shanghai merosot. 

Pada tahun 1990, iaitu selepas dasar pintu terbuka dan pembaharuan dilaksanakan, ekonomi Shanghai mula pulih kembali. 

Hingga kini, Shanghai menjadi pusat ekonomi yang terbesar di China dan pelabuhan perdagangan yang terbesar di dunia.

Shanghai juga merupakan destinasi pelancongan yang baharu kerana tinggalan sejarahnya yang masih dipelihara dan warisan budayanya yang cukup banyak, seperti mercu tanda Shanghai, iaitu Waitan dan Xintiandi di daerah Puxi. 

Walau bagaimanapun, di daerah Pudong, gambaran kemakmurannya sangat berbeza. 

Menara Televisyen Dongfangmingzhu, iaitu Mutiara Timur, Bangunan Jinmao dan Pusat Kewangan Global Shanghai menjadi antara pemandangan yang cukup hebat dan indah di seluruh dunia. 

Selain itu, Pusat Shanghai yang siap dibina pada tahun 2014 juga mengindahkan lagi “Paris di Timur” itu.

Kini, Shanghai bukan sahaja merupakan pusat sains dan teknologi, perdagangan, kewangan dan maklumat China, malah merupakan pusat pertukaran budaya dunia. 

Shanghai sudah menjadi sebuah bandar metropolitan yang paling moden, dan sekarang sedang berkembang sebagai pusat kewangan dan pusat perkapalan antarabangsa. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin