Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Jiufen, Bandar New Taipei, Taiwan

2016-12-01 15:21:27

Pernah suatu ketika dahulu, hanya sembilan buah keluarga sahaja yang mendiami kawasan tersebut. Telah menjadi kebiasaan, mereka membeli sembilan jenis barangan yang sama ketika membuat tempahan. Oleh sebab itu, kawasan tersebut dikenali sebagai Jiufen (9 keping).

Jiufen merupakan pekan kecil yang terletak di atas bukit dengan pemandangan provinsi Taiwan, China yang cukup indah menghadap laut dan dikelilingi gunung-ganang, selain terkenal dengan pemandangan matahari terbenam.

Semasa zaman Dinasti Qing, pekan terpencil itu ditemui ketika emas mula dijumpai semasa penjajahan Jepun pada 1893. Jiufen merupakan pusat perlombongan emas yang berlokasi di kawasan bukit utara Taiwan. 

Kebanyakan bangunan di Jiufen masih mengekalkan reka bentuk bangunan asal hingga hari ini serta dibina begitu rapat hingga membentuk lorong-lorong kecil yang boleh dilalui untuk ke jalan utama. Paling mendapat tumpuan para pelancong di situ ialah Jiufen Old Street, sebatang lorong kecil di mana kedai-kedai yang terletak di sepanjang lorong tersebut menjual beraneka cenderamata, snek tempatan popular seperti Taro Ball, Ah Zhu Peanut Ice Cream, dan banyak lagi.

Lawatan anda tidak lengkap sekiranya anda tidak singgah di Jinguashi Gold Mining Town yang terletak hanya 10 minit dengan menaiki kenderaan dari pekan Jiufen diikuti oleh Golden Waterfall yang berada di tepi jalan utama.Malah, lokasi pemandangan terkenal di sana, Yin Yang Sea turut boleh dilihat berhampiran dengan komuniti Changren. Kelihatan warna air lautnya seolah-olah terbahagi dua.

Pengangkutan: Stesen kereta api Ruifang (Bas No. 788) - Jiufen (30 minit)

Bayaran pengangkutan: Bas NT.00 

                                    Teksi NT0


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin