Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pesona Gunung Changbai

2016-12-01 11:28:11

Pesona Gunung Changbai

Gunung Changbai terletak di sempadan antara China dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Gunung tersebut mendapat nama sedemikian kerana terdapat batu putih di puncak gunung itu, selain diliputi salji.

Puncak Baiyun yang setinggi 2691 meter dari paras laut itu merupakan puncak tertinggi di kawasan timur laut China.

Gunung Changbai adalah sebuah gunung berapi.

Pesona Gunung Changbai

Tasik Tianchi yang terletak di gunung itu terhasil daripada air yang mengalir dari lohong gunung berapi.

Air tasik yang melimpah dari bahagian utara tasik tersebut telah membentuk air terjun yang setinggi 68 meter.

Pesona Gunung Changbai

Dalam pada itu, kawasan pemandangan Mojie yang terletak di kaunti Antu, provinsi Jilin, kira-kira 27 kilometer dari Gunung Changbai, merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di China.

Pemandangan hutan dara di Gunung Changbai masih dipelihara dengan sempurna.

Para pelancong sangat mengagumi pemandangan alam sekitar yang begitu mempeson

Pesona Gunung Changbai

a, manakala peminat fotografi pula amat menggemari pemandangan berkabus, ais dan salji yang sungguh memukau di situ.

Terdapat pemandangan yang berbeza-beza di kawasan tersebut pada empat musim.

Perkara yang paling menakjubkan ialah air dari Tasik Tianchi Gunung Changbai tidak akan beku pada musim sejuk berikutan kedudukan geografinya yang unik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin