Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kota Purba Shexian

2016-11-10 10:10:50

Kota Purba Shexian

Huizhou yang terletak di provinsi Anhui, timur China kaya dengan budaya dan tamadun yang cemerlang. 

Nama tempat tersebut sering muncul dalam puisi dan karya sastera China sejak zaman dahulu kala. 

Kaunti She dianggap tempat berasalnya kebudayaan Huizhou. Terdapat kota purba yang masih dipelihara dengan baik di situ. 

Bangunan-bangunan kuno yang berada dalam kota purba itu memaparkan seni bina Huizhou yang unik dan halus. 

Kota Purba Shexian

Kaunti She dikenali sebagai Shezhou pada zaman dahulu dan merupakan salah satu kaunti di bandar Huangshan pada ketika ini. 

Selain terletak di bahagian paling selatan provinsi Anhui, kaunti tersebut juga merupakan satu daripada empat kota purba yang paling utuh di China. 

Bagi pelancong dari tempat lain, mereka pasti teruja melihat kehidupan di Kaunti She yang agak perlahan dan penuh ketenangan jika dibandingkan dengan kota metropolitan. 

Kompleks bangunan perniagaan tempatan pada zaman dahulu adalah antara tempat yang wajib dilawati.

Selain itu, para pelancong pasti mengagumi gaya bangunan yang menggabungkan keistimewaan pada zaman purba dan zaman moden. 

Apabila bersiar-siar dalam kota purba tersebut, pelancong tentu berasa amat selesa dan bahagia sehingga terlupa sama sekali pada semua tekanan yang membebani hidup.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin