Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pekan Kuno Tongli dan Zhenze di Suzhou

2016-11-04 10:24:09

Tongli, daerah Wujiang, bandar Suzhou, provinsi Jiangsu China, terletak di pinggir Tasik Tai dan Terusan Besar Beijing-Hangzhou. 

Walaupun pekan yang bersejarah itu berjiran dengan bandar Suzhou yang digelar syurga di bumi dan bandar raya Shanghai yang serba moden, namun Tongli tetap mengekalkan keunikan tersendiri.   Amat disyorkan untuk bangun awal sekiranya anda ingin melawat ke pekan kuno seumpama Tongli kerana hanya pada waktu subuh anda dapat menyaksikan kehidupan sebenar penduduk tempatan. 

Anda tidak perlu risau tentang perut kosong kerana ada banyak gerai makanan di pekan kuno tersebut yang menyediakan makanan berat ataupun makanan ringan. 

Dikatakan, tidak mungkin dapat habis rasa semua makanan tempatan dalam masa dua hari dua malam.

Jalan di pekan kuno Tongli semua dibina menyusuri sungai. Jambatan menjadi “satu keperluan yang wajib” di situ. 

Lebih 40 jambatan yang dibina pada zaman dahulu dengan pelbagai seni bina yang berbeza-beza terdapat di Tongli. 

Cara terbaik untuk melawat Tongli adalah dengan menaiki perahu. Perahu di situ biasanya diperbuat daripada kayu. 

Kesibukan dan kekalutan dalam hati akan beransur-ansur hilang pada saat kita mula duduk dalam perahu sambil menikmati pemandangan yang memikat hati di kedua-dua tepi sungai.

Jika melawat ke Tongli, Taman Tuisi tidak boleh diabaikan. 

Walaupun kecil berbanding dengan taman-taman lain yang terkenal di Suzhou, namun taman tersebut amat unik dan direka bentuk dengan gaya yang tersendiri. 

Pavilion, jambatan kecil, tasik mini, batu-batu aneh juga dibina untuk menghiasi taman itu, selain sebuah perahu batu turut dijadikan perhiasan bagi menonjolkan lagi keistimewaan taman tersebut.

Pekan Kuno Zhenze   Pekan kuno Zheze merupakan kampung halaman Yao Ming, pemain bola keranjang ternama China. 

Pekan kuno tersebut sunyi dan tenang. Terdapat dua batang jalan utama dalam pekan itu yang dibina menyusuri sungai. 

Anda akan berasa sungguh selesa sekiranya berjalan kaki mengikuti jalan tersebut ketika hujan rintik-rintik kerana suasananya yang romantik.  

Sekiranya anda jenis orang yang sukakan kesunyian, pekan itu amat sesuai untuk anda kerana jarang-jarang terdapat pelawat dari luar, sebaliknya kebanyakan pejalan kaki adalah penduduk tempatan yang mesra dan sentiasa mempamerkan senyuman manis buat anda.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin