Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

2016-10-31 13:54:10

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Jika ada kawasan bukit-bukau, lebuh raya biasanya akan dibina melingkari kawasan berbukit tersebut.

Di provinsi Hubei, tengah China, arkitek menghadapi dilema yang sama ketika merancang pembangunan sebuah lebuh raya di antara kaunti Xingshan dan Jambatan Zhaojun.

Lebuh raya tersebut perlu melalui kawasan berbukit-bukau.

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Oleh sebab arkitek tidak mahu membuat terowong untuk menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semula jadi, maka mereka membina lebuh raya di atas permukaan sungai.

Lebuh raya yang menghubungkan kaunti Xingshan dengan Lebuh Raya G42, iaitu laluan berkelajuan tinggi yang menyambungkan Shanghai dengan Chengdu di barat daya China itu, dibina di tengah-tengah lembah sungai bagi membolehkan pengguna lebuh raya menikmati pemandangan bukit-bukau dan perkampungan yang berhampiran.

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Difahamkan, kerajaan tempatan membelanjakan hampir RMB440 juta atau bersamaan dengan RM292 juta untuk projek pembinaan lebuh raya tersebut.

Lebuh raya berkenaan merangkumi jarak sejauh 10.9 kilometer dan lebih menarik, sebahagiannya yang sepanjang 4.4 kilometer dibina di atas permukaan air.

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Laluan yang menakjubkan itu memberikan pengalaman pemanduan di atas air kepada pengguna jalan raya.

Bagi penduduk setempat, lebuh raya "terapung" tersebut bukan sahaja unik, malah menghidangkan pemandangan yang cantik.

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Lebuh raya yang dibuka kepada umum pada bulan Ogos 2015 itu turut mencuri perhatian orang ramai.

Mereka berpendapat, lebuh raya tersebut merupakan lebuh raya yang paling cantik di China, selain dibina tanpa merosakkan alam sekitar.

Lebuh Raya “Terapung” Paling Cantik di China

Sungguh hebat! Bukan sahaja cantik dan mengagumkan, malah masih mempunyai nilai mencintai alam semula jadi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin