Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Daerah Yilan, Taiwan(1)

2016-10-20 11:17:16

Sungguhpun perjalanan singkat dari bandar Taipei, ibu kota provinsi Taiwan melalui Lebuh Raya Nasional No. 5 banyak melalui terowong, daerah Yilan tetap kekal berbeza daripada kemodenan kota raya lain. Daerah ini terdapat pohon-pohon yang menghijau, tempat sesuai untuk melarikan diri sebentar daripada kesibukan bandar. Persisir pantainya yang panjang menghadap Lautan Pasifik, membolehkan para pelancong berseronok dengan bermain sukan air dan melakukan aktiviti di tepi pantai. Ladang tanaman dan ternakan yang diusahakan di dataran terpencil membekalkan produk segar kepada penduduk Taipei. Gunung-ganang dan kawasan kaki bukit yang bergema dengan bunyian hidupan rimba, memenuhi kawasan rekreasi hutan dan pusat peranginan kolam air panas yang popular.

Kawasan Rekreasi Rimba Taipingshan merupakan pangkalan pembalakan lama yang dilengkapi pameran peralatan perhutanan. Para pelawat juga boleh menaiki kereta api hutan antik dan mengetahui maklumat tentang hutan di laluan trek dan menyaksikan kepulan awan yang menyelubungi lembah pergunungan.

Kawasan Rekreasi Hutan Qilan merupakan bekas nurseri perhutanan. Di situ terdapat kotej yang pernah didiami oleh Chiang Kai-shek yang dipamerkan dalam bentuk asal ketika beliau tinggal di sana. Ada pameran mengenai kumpulan tentera veteran yang pernah membina jalan dan bekerja di kawasan pergunungan tersebut. Disediakan juga laluan trek rimba dan lawatan yang dibimbing pemandu pelancong.

Kawasan Rekreasi Hutan Mingchi yang terletak di puncak tertinggi di Northern Cross-Island Highway, kadang-kadang bersalji pada musim sejuk. Di situ, terdapat tasik indah yang tersorok, taman dan kolam ala Dinasti Tang, taman lumut, taman paku-pakis dan Taman Rimba Memorial Sun Yat-sen.

Kesemua tempat rekreasi tersebut menyediakan restoran dan hotel penginapan. Tempat adalah terhad, maka perlu ditempah dari awal.

Di kaki bukit terletak Jiaoxi, pusat peranginan kolam air panas yang paling maju dan popular di timur laut Taiwan. Terdapat banyak hotel dibina di sekitar stesen kereta api. Selain menginap untuk bermalam, para pelawat boleh juga menyewa bilik hotel tersebut mengikut jam yang turut menyediakan pusat spa dan urut. Beberapa kilometer di barat Jiaoxi, tersergam indah Air Teriun Wufengqi yang setinggi tiga tingkat dengan astaka untuk meninjau. Puncaknya sering diselubungi kabus dan wap udara. Kawasan tersebut boleh dilawati dengan melalui laluan trek mudah yang merentasi rimba.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin