Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

"Kedai Teh Ayah” di Hainan

2016-10-18 13:16:19

"Kedai Teh Ayah” di Hainan

"Kedai Teh Ayah”  ialah satu tempat santai yang amat popular di bandar Wenchang, Hainan. Walaupun tidak mempunyai hiasan mewah, namun kedai teh tersebut tetap diminati ramai kerana di situ pelanggan boleh bersantai dan menghilangkan keserabutan. 

Dengan hanya memesan secawan teh susu, kopi atau kuih-muih, anda boleh menghabiskan masa dengan membaca buku atau berbual-bual dengan kawan-kawan. 

Tanpa kesibukan, masa di “Kedai Teh Ayah” juga dirasakan berlalu dengan begitu perlahan jika dibandingkan dengan kehidupan di bandar. 

Irama lagu klasik yang merdu menjadikan suasana di kedai teh berkenaan sungguh menenangkan hati.

Topik perbualan para pelanggan juga tidak terbatas, sama ada mengenai keluarga mahupun isu-isu sensasi masyarakat. 

Di situ, anda dapat menghayati gaya hidup Hainan yang santai dan tenang dalam erti kata yang sebenar. 

Makanan dan minuman yang disediakan di “Kedai Teh Ayah” juga beraneka pilihan. 

Selain minuman teh susu, kopi sejuk dan teh lemon sejuk yang mampu menyingkirkan kepanasan, roti bercita rasa Barat, ketupat dan kuih kelapa yang dijual di kedai teh tersebut menggambarkan keistimewaan budaya makan dan minum masyarakat tempatan. 

Kebudayaan tersebut agak sama seperti keturunan Cina di negara Asia Tenggara seperti di Malaysia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin