Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Forum Ekonomi Pelancongan Dunia ke-5 di Makau

2016-09-27 16:17:44

Forum Ekonomi Pelancongan Dunia ke-5 di Makau

Forum Ekonomi Pelancongan Dunia ke-5 akan diadakan di Makau, China pada 15 dan 16 Oktober nanti.

Forum ini bertemakan “perubahan kepenggunaan--buat cetak biru ekonomi pelancongan”.

Para peserta akan mengadakan rundingan mengenai tiga topik utama, iaitu memperluas dwiciri pengguna China, memenuhi keperluan pelancong China yang pelbagai, serta pelancongan dan sains teknologi--tidak dapat dipisahkan.

Menurut Pengarah Jabatan Sosiobudaya Makau, Ye Bingquan, industri pelancongan perjudian adalah tunggak utama ekonomi di Makau.

Forum Ekonomi Pelancongan Dunia ke-5 di Makau

Sejajar dengan perkembangan ekonomi, kaedah mengembangkan industri bukan perjudian dan menambah pelbagai faktor bukan perjudian menjadi agenda rundingan yang amat penting pada ketika ini.

Menurut beliau, forum tersebut turut membantu untuk menggalakkan Makau mengembangkan pelancongan model baharu.

Dalam pada itu, Perancis dan Beijing menjadi rakan kerjasama dalam forum kali ini.

Perancis akan menunjukkan cara dan usaha mereka dalam mengembangkan dan memelihara warisan budaya, manakala Beijing, selaku ibu kota China serta bandar budaya dan ekonomi paling penting di China turut berkongsi pengalaman dengan memperlihatkan budaya Cina selama tiga ribu tahun, di samping menerangkan keunikan dan kegemaran pengguna China.

Forum Ekonomi Pelancongan Dunia yang pertama pun diadakan di Makau seawal tahun 2012.

Forum tersebut menjadi wadah penting bagi menghubungkan China dengan negara-negara lain di dunia dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan industri pelancongan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin