Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

2016-09-21 10:42:04

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

Sebuah taman khas untuk kelip-kelip dibuka di Wuhan, ibu kota provinsi Hubei di bahagian tengah China, sebagai salah satu usaha memulihara serangga itu daripada pupus.

Kira-kira 10,000 ekor kelip-kelip ditempatkan di Taman Peony East Lake di bandar itu, yang dibahagikan kepada lima zon, iaitu zon terbang, zon pemerhatian, zon jarak dekat, zon pembiakan, dan zon promosi pengetahuan sains.

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

Proses pembiakan kelip-kelip menelan belanja yang agak besar kerana seekor serangga berkenaan memerlukan kos sebanyak RMB10 yuan (RM6.70). Kesemua kelip-kelip tersebut dibawa dari kaunti Ningdu di provinsi Jiangxi.

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

Taman tema yang dibuka kepada umum pada 30 Mei 2015 itu disediakan khusus untuk kelip-kelip yang semakin pupus akibat pencemaran dan kemusnahan sehingga mengancam populasi dan habitat serangga berkenaan.

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

Berikutan sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama pembukaan taman tema tersebut, seramai 10,000 pengunjung tertarik untuk menyaksikan pemandangan beribu-ribu ekor kelip-kelip mengeluarkan cahaya pada waktu malam di taman tema tersebut.

Mari Lihat Kelip-kelip di Wuhan

Oleh hal yang demikian, aktiviti di taman berkenaan dijadikan acara tahunan, selain dibuka semula pada penghujung Mei hingga awal Oktober tahun ini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin