Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Hualien, Taiwan

2016-09-13 12:12:44

Selain Yilan dan Taitung, sebuah lagi bandar kecil yang molek terletak di persisiran timur Taiwan ialah Hualien. Ketika melawat ke bandar ini, para pelancong akan merasai relaks dan santai, masa bergerak perlahan dan orang ramai sentiasa melemparkan senyuman.

Jajahan Qixingfan atau Tasik Tujuh Bintang yang berada di barat laut bandar ini, merupakan teluk melengkung yang cantik. Teluk ini menghadap Lautan Pasifik yang hijau membiru, sementara di belakangnya ialah Qingshui Cliff, cenuram yang menggerunkan. Cliff itu berbatu-batu panjangnya dan beribu-ribu kaki tingginya.

Terdapat laluan basikal yang bersambung dengan rangkaian laluan di bandar dan daerah berdekatan. Antara tempat yang menarik di sini ialah Taman Arca Baru, Plaza Melihat Bintang, Bangunan Mentari Terbit dan taman botani di tepi pantai.

Gaung Taroko yang sepanjang 19 kilometer terletak di utara bandar ini dan merupakan ciptaan semula jadi yang mengagumkan. Permata berkilau di taman nasional ini berdinding batu marmar dengan ketinggian beribu-ribu meter yang hampir rata dan bersambung di puncaknya.

Di kaki gunung, anda boleh melalui jalan di celah gaung yang dipahat dengan tangan oleh kelompok pesara tentera lebih 50 tahun yang lalu. Kini terdapat laluan untuk pejalan kaki, papan maklumat lengkap, laluan trek menarik, penginapan hotel berkelas tinggi, kawasan berkhemah, kuil-kuil di tepi puncak bukit dan banyak lagi.

Hualien Farglory Ocean Park yang berada di selatan Hualien, merupakan taman tema pertama di Taiwan yang menumpukan pada ekologi marin. Kanak-kanak suka menonton pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa laut di sini. Selain itu juga terdapat akuarium dengan tangki tiniau dalam air, luncur air dan kereta kabel yang membawa penumpang bersiar-siar.

Hualien Farglory Ocean Park

Alamat: 189, Fude, Yanliao Village, Shoufeng Township, Hualien County

Tel: 886-3-8123-199

Laman web: www.farglory-oceanpark.com.tw


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin