Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Eksplorasi di "Kota Rusa"

2016-09-09 18:19:10

Eksplorasi di "Kota Rusa"

Bandar Baotou, yang merupakan antara lokasi laluan Sungai Kuning, adalah tempat manusia primitif pada zaman dahulukala menjalankan pelbagai aktiviti. 

 Dalam bahasa Mongol, "Baotao" bermaksud "habitat rusa". Maka, bandar tersebut juga dikenali dengan nama "kota rusa".

Di situ, terdapat banyak warisan budaya purba, bahkan sudah ada lebih 10 tapak tinggalan sejarah telah ditemukan. 

Di Parit Gexigai yang terletak di Ashangoumen, 15 kilometer dari arah timur daerah Donghe, terdapat tapak tinggalan kawasan perkampungan pada Zaman Neolitik dan beberapa artifak lain.

Eksplorasi di "Kota Rusa"

Dataran Tinggi Mongolia terletak lebih 1,000 kilometer dari arah utara Gunung Yinshan. 

Pada zaman kuno China, kawasan tersebut dihuni oleh kaum nomad di bahagian utara. 

Aktiviti pertukaran antara kaum nomad tersebut dengan rakyat di sepanjang aliran Sungai Kuning telah mendorong integrasi pelbagai etnik, di samping menggalakkan perubahan sosial dan pembangunan tamadun. 

Di situ, tiada kebisingan dan gangguan, yang ada hanyalah kehidupan di padang rumput yang serba indah, makanan sedap serta lagu dan tarian Mongolia yang penuh keceriaan. 

Udaranya segar, manakala padang rumputnya pula saujana mata memandang dan sungguh mempesona. 

Pada lebih 5,000 tahun yang lalu, wujud petempatan manusia di Baotou. 

Pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong Dinasti Qing, Baotou menjadi sebuah perkampungan yang mempunyai dua lorong. 

Sungai Kuning mengalir di pinggir bahagian selatan bandar itu. 

Baotou memiliki iklim sederhana benua dan kaya dengan sumber galian. 

Terdapat lebih 40 jenis galian telah ditemukan di sana.     

Selain itu, bandar Baotou juga mempunyai banyak kuil yang terkenal, antaranya termasuklah Kuil Guangjue yang dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong Dinasti Qing. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin