Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Dalian: Bandar Romantik

2016-08-29 10:36:56

Dalian yang terletak di hujung selatan Semenanjung Liaodong provinsi Liaoning merupakan bandar penting dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelabuhan, perindustrian dan pelancongan di kawasan berhampiran dengan laut bahagian timur China.

Seterusnya marilah kita melawat ke beberapa destinasi yang wajib lawati di bandar yang romantik ini.

Dalian: Bandar Romantik

(1) Dataran Arca Harimau

Dataran Arca Harimau (Hudiao) terkenal dengan lima ekor harimau spesies Timur Laut.

Namun harimau tersebut bukanlah yang sebenar, sebaliknya patung arca dengan 35.5 meter tinggi, 6.5 meter lebar dan lebih 2,000 tan berat.

Arca yang menjadi mercu tanda bagi Taman Permainan Hutan tersebut telah direka oleh Encik Han Meilin, penggiat seni terkemuka China dalam masa 2 tahun 9 bulan.

(2) Pelabuhan Yuren

Yuren bermaksud “nelayan” dalam bahasa Mandarin.

Pelabuhan Yuren terletak dalam kawasan pelabuhan perikanan Jalan Binhai daerah Zhongshan di bandar Dalian.

Lokasi pelabuhan ini agak strategik kerana terletak berhampiran dengan Taman Laut Pantai Harimau di timur, Jalan Binhai di utara, menghadap Laut Kuning di selatan, manakala dikelilingi pula gunung semula jadi dari timur dan barat.

Sehubungan dengan itu, pemandangan di situ sungguh indah.

Loceng besar di pelabuhan ini akan berbunyi setiap jam, seolah-olah mengingatkan kita untuk menghargai detik-detik indah yang cepat berlalu itu.

Dalian: Bandar Romantik

(3) Taman Tarikan Laut

Taman Tarikan Laut ataupun Taman Haizhiyun pernah diberikan nama Taman Laut Timur. Taman tersebut terletak di bahagian paling timur dalam kawasan peranginan tepi laut Dalian.

Luasnya lebih kurang 450 hektar dan berjarak 10 km dari pusat bandar.

Taman ini kaya dengan pemandangan alam semula jadi antaranya termasuk gunung, hutan, laut dan padang rumput.

(4) Jalan Gaya Rusia

Jalan Gaya Rusia yang juga dinamai Jalan Tuanjie (perpaduan) terletak di barat laut Jambatan Shengli bandar Dalian.

Sebanyak 38 buah bangunan dengan seni bina Far East Belarus yang sudah bersejarah lebih 100 tahun masih dipelihara di jalan ini sehingga menjadi jalan bergaya seni bina abad ke-19 dan ke-20 yang pertama di China.

Dalian: Bandar Romantik

(5) Jambatan Beida

Jambatan Beida dibina sebagai lambang persahabatan Dalian dengan Kitakyushu Jepun setelah kedua-dua bandar tersebut menjalinkan hubungan bandar persahabatan.

Jambatan Beida dibina di Dalian, manakala Astaka Dabei yang bergaya seni bina China dibina di sebuah taman di Kitakyushu.

(6) Dataran Xinghai

Dataran Xinghai yang terletak dalam kawasan peranginan laut selatan bandar Dalian merupakan dataran di kawasan bandar yang terbesar di Asia.

Dataran Xinghai lebih besar daripada Dataran Tian'anmen di Beijing.

Dataran yang seluas 45 ribu meter persegi itu kini menjadi destinasi pelancongan yang paling popular di bandar tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin