Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

2016-08-26 11:38:36

Bagi mereka yang menggemari aktiviti selam skuba, kawasan Sanya di provinsi Hainan, China memang memiliki daya tarikan yang tersendiri. Lautan yang tenang sering menarik kedatangan ramai penyelam untuk menikmati keindahan dasar laut di situ.

Pulau Wuzhizhou

Pulau Wuzhizhou, yang berlokasi sekitar 30 kilometer dari sebelah utara bandar Sanya, merupakan sebuah pulau kecil yang hanya seluas 1.48 kilometer persegi di Teluk Haitang.

Pemandangan di pulau ini sangat mempesona, baik di permukaan air mahupun di dasar laut.

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

Dengan memiliki pasir pantai yang halus memutih dan air laut yang jernih berkaca, keindahan alam tersebut menjadi tarikan utama bagi pelancong yang mahu berada jauh dari hiruk-pikuk kota raya.

Bayangkan, kejernihan air di situ memberikan peluang kepada para pengunjung untuk melihat dasar laut hingga kedalaman 27 meter.

Di bawah laut, terdapat pelbagai makhluk hidup yang beraneka jenis, seperti timun laut, udang karang, ikan tropika, terumbu karang, dan lain-lain.

Pulau tersebut sering menjadi pilihan utama para peminat selam skuba dari dalam dan luar negara.

Pulau Boundary

Pulau Boundary adalah destinasi pelancongan baharu, yang terletak di sebelah tenggara Pulau Hainan, dan berada di antara Lingshui dan Wanning.

Masyarakat setempat mempunyai panggilan tersendiri untuk pulau itu, iaitu Pulau Jelitawan Tidur atau ada yang menyebutnya Pulau Guanyin.

Pada awal pembangunannya, iaitu pada tahun 2002, pulau itu hanya sebuah pulau yang tidak berpenghuni.

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

Selepas projek penerokaan tanah dilaksanakan selama dua tahun, pulau tersebut semakin menjadi tumpuan penyelam dari dalam dan luar negara kerana keindahan pelbagai jenis terumbu karang yang dimilikinya.

Tidak hairanlah kalau ramai yang ingin menghabiskan waktu dengan melakukan aktiviti selam skuba di tempat itu.

Tiada kemudahan penginapan disediakan di Pulau Boundary buat masa ini.

Pelancong boleh menginap di Lingshui ataupun di Wanning.

Teluk Yalong

Di Teluk Yalong, bandar Sanya, terdapat dua lokasi yang dikenali sebagai destinasi penyelaman yang paling baik di China, iaitu Teluk Baifu dan Teluk Sunny.

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

Kalau ingin mencari tempat untuk melakukan aktiviti menyelam mengikut arus (drift diving), Teluk Sunny adalah pilihan yang paling ideal, khususnya pada bulan Mac dan April.

Teluk Baifu, yang lokasinya berada di sebelah barat Teluk Sunny, lebih terkenal sebagai kawasan perairan yang mempunyai pemandangan bawah laut yang menakjubkan kerana dihiasi pelbagai jenis terumbu karang dan ikan beraneka warna.

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

Dengan jarak kebolehlihatan di bawah laut antara 18 hingga 30 meter, teluk yang tenang dan kurang berombak itu sering menjadi tempat pertemuan bagi peminat selam skuba dan selam snorkel (snorkeling) serta penggemar fotografi bawah air.

Pulau Barat

Pulau Barat, yang berbentuk seperti seekor penyu, berlokasi di kawasan perairan Teluk Sanya.

Sebagai pulau terbesar di antara gugusan pulau kecil di Sanya, pulau tersebut berkeluasan 2.8 kilometer persegi dan menjadi kediaman nelayan daripada satu generasi kepada satu generasi, yang sudahpun mencatat 4,000 orang.

Destinasi Penyelaman Yang Tidak Boleh Dilepaskan di Sanya

Pulau Barat adalah destinasi pelancongan yang sangat popular dalam kalangan penggemar aktiviti selam skuba, selam snorkel atau aktiviti lain yang dilakukan di permukaan air, seperti belayar dan luncur jet (jet ski).

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin